web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azmin, Muhyiddin Kekal Pertahan Kerusi, Rina Sah Ke Sepang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 10:54PM

Mohamed Azmin Ali akan berdepan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang diberi tanggungjawab oleh PKR untuk mengetuai misi mencabar pengkhianat parti di kerusi berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi taruhan Perikatan Nasional (PN) untuk mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau akan berdepan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang diberi tanggungjawab oleh PKR untuk mengetuai misi mencabar pengkhianat parti di kerusi berkenaan.

Pengerusi PN yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan di kerusi Parlimen Pagoh yang disandangnya.

Selain itu, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut dikekalkan di kerusi Parlimen masing-masing iaitu Tambun dan Larut.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah juga akan mempertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota.

Sementara itu, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan kerusi Titiwangsa apabila beliau dicalonkan di Parlimen Sepang.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan akan bertanding di Parlimen Tasek Gelugor.

Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Shah Alam, Dr Afif Bahardin pula diletakkan sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam yang disandang Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad menjadi taruhan PN di kerusi Parlimen Bagan Serai.

Sebelum itu, Muhyiddin memaklumkan PN akan bertanding di 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut beliau, bagi kerusi Parlimen, BERSATU akan bertanding 74 kerusi, PAS (64), GERAKAN (20), dan Bersekutu (11).

Bagi kawasan DUN pula, katanya, PAS bertanding di 57 kerusi, GERAKAN (14), BERSATU (41) dan Bersekutu (empat).

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, calon PN untuk PRU-15 di Kelantan dan Terengganu tidak akan diumumkan malam ini, sebaliknya pada satu tarikh lain. – Getaran, 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad