web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mas Ermieyati Keluar UMNO Bukan Kejar Jawatan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 7:06PM

Menurut Mas Ermieyati, ketika beliau bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang sebelum ini, pelbagai halangan terpaksa dihadapi, sehingga menyebabkannya mengambil keputusan menyertai BERSATU - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menjelaskan, tindakan beliau keluar daripada parti UMNO bukan bertujuan mengejar jawatan atau pangkat.

Jelasnya, langkah tersebut dilakukan kerana beliau berdepan kekangan untuk menabur khidmat kepada anggota komuniti.

“Saya keluar UMNO bukan untuk mengejar jawatan, sebaliknya akibat kekangan untuk saya memberikan perkhidmatan kepada anggota komuniti,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional (PN) Parlimen Masjid Tanah semalam.

Menurut Mas Ermieyati, ketika beliau bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang sebelum ini, pelbagai halangan terpaksa dihadapi, sehingga menyebabkannya mengambil keputusan menyertai BERSATU.

“Waktu itu UMNO dan BN menjadi pembangkang, saya tidak dapat berkhidmat dengan baik kerana dihalang masuk ke sekolah, menganjurkan program untuk komuniti serta seumpamanya.

“Saya mengambil keputusan menyertai BERSATU semata-mata untuk berkhidmat kepada masyarakat Masjid Tanah yang saya wakili sejak tahun 2013,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) BERSATU dan PN supaya melakukan penambahbaikan dalam gerak kerja berdasarkan iktibar daripada kelemahan dikenalpasti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, tindakan Naib Presiden BERSATU, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen keluar daripada BERSATU semalam, tidak membabitkan ahli jawatankuasa dan sayap parti itu di Bahagian Tangga Batu.

“Tindakan dan kenyataan Mohd Rafiq adalah bersifat peribadi dan sama sekali tidak menjejaskan persediaan BERSATU menghadapi PRU-15,” ujarnya.

Pada masa sama, Mas Ermieyati berkata, BERSATU dan PN akan tetap bekerja kuat semasa berkempen tidak kira siapa calon dipertaruhkan parti lawan.

“Walau siapa pun sama ada calon ‘heavyweight’ atau sebaliknya yang bakal diumumkan, jentera BERSATU/PN harus bekerja kuat bagi mematahkan kempen pihak lawan,” katanya.

Mas Ermieyati diumumkan sebagai calon PN di kerusi berkenaan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 22 Oktober lalu.

Penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah itu menang pada PRU-14 di bawah tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 8,159 undi, selepas menewaskan dua pencabarnya Datuk Dr Sabirin Ja’afar (PKR) dan Nasir Othman (PAS). - Getaran 31 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM