web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Mahkamah Masih Berjalan, Syed Saddiq Didesak Tidak Bertanding

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 8:00PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nampaknya desakan dalam kalangan penyokong dan orang ramai agar Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sementara menunggu perbicaraan kes rasuahnya makin memuncak.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengarahkan penyandang Parlimen Muar itu membela diri atas empat pertuduhan berkaitan RM1.12 juta dana MUDA, dan menjelang pengumuman senarai calon PRU-15 parti itu, malam ini.

Sentimen umum ialah Syed Saddiq boleh terbukti menjadi liabiliti untuk partinya dan Pakatan Harapan (PH), dengan ramai pengguna media sosial memberi amaran bahawa pihak lawan mungkin menggunakan kesnya sebagai peluru politik terhadap blok pembangkang.

Majoriti menggesa beliau untuk fokus terhadap kes perbicaraannya dan membuat kemunculan semula di pentas politik sekiranya mahkamah membersihkan namanya nanti.

Difahamkan kini terdapat tekanan dalam kalangan parti gabungan PH untuk merampas semula kerusi Muar, bagi mengelak potensi tewas.

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Omar Mokhtar Manap berkata, agak berisiko bagi Syed Saddiq untuk bertanding pada PRU-15 kerana keputusan mahkamah terhadap kesnya masih menjadi tanda tanya.

“Jika PH menang dengan majoriti tipis, Pilihan Raya Kecil (PRK) Muar tentu memberi kesan kepada kerajaan PH.

“Harap (Syed) Saddiq berjiwa besar serahkan Muar untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim letakkan calon lain,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Seorang lagi pengguna Twitter @eddydaud berkata, Syed Saddiq patut membantu pengundi Muar dengan tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya dan membenarkan calon lain daripada parti itu bertanding di kawasan tersebut.

“Masa untuk menunjukkan kepemimpinan yang baik dan pengorbanan sebagai ketua MUDA, Syed,” tulisnya semalam.

Sementara itu, pengguna Twitter @Kumar_Zone berkata, adalah lebih baik untuk Syed Saddiq tidak bertanding kerana PRK akan berlaku jika beliau akhirnya disabitkan bersalah.

Pemuda itu meninggalkan komen tersebut dalam ciapan  Syed Saddiq yang menyatakan bahawa dirinya masih belum didapati bersalah semalam.

“Apatah lagi ini akan menjadi makanan politik kepada kem lawan. Tidak bertanding dan berkempen untuk MUDA. Itu akan menjadi tindakan terhormat,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter @fairuz_azmi83 berkata, mereka yang ingin menjadi pemimpin sepatutnya sudah memahami asas integriti, dan penggunaan akaun peribadi untuk menerima sejumlah besar dana awam tidak dibenarkan, merujuk kepada butiran dalam kes Syed Saddiq.

Sehubungan itu, katanya, Syed Saddiq perlu menarik diri daripada mengambil bahagian dalam PRU-15 sehingga namanya dibersihkan.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang mempertahankan Syed Saddiq dengan mengatakan beliau harus dibenarkan bertanding selagi tidak dibuktikan bersalah.

Ketika menyampaikan keputusannya semalam, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu dan memerintahkan Syed Saddiq agar membela diri.

Mahkamah menetapkan 22 hingga 24 Februari, 13 dan 14 Mac serta 10 hingga 14 April sebagai tarikh perbicaraan. – The Vibes, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 6 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 6 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 17 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran