web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AMANAH Pertaruh Azhar Di ‘Kubu Walaun Paling Kuat Di Dunia’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 8:19PM

Azhar Abdul Shukur - Gambar dari Facebook Azhar Abdul Shukur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur mengumumkan melawan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di kubu kuat parti tersebut di Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengumumkan perkara itu, Azhar berkata, beliau amat gembira apabila Parti Amanah Negara (AMANAH) memutuskan dirinya sebagai calon di kerusi berkenaan.

“Apabila parti memutuskan untuk saya turun ke Marang, kubu walaun paling kuat dalam dunia, saya terima dengan gembira. Parti belum umum secara rasmi tetapi tidak menghalang untuk dihebohkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, kehadirannya di Marang hanya sebagai ‘orang biasa’ yang tidak dijanjikan apa jua jawatan dalam kerajaan, sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang di kerusi tersebut dan PRU-15 secara keseluruhan.

Abdul Hadi Awang - Gambar fail
Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Menurutnya, Marang adalah kerusi tradisi PAS dan UMNO berdasarkan kemenangan bersilih ganti antara kedua-dua parti tersebut, malah beliau mengakui bahawa kerusi itu ‘bukan’ mudah dimenangi PH.

“Andai PH kalah di sini, PH tidak hilang kerusi tetapi andai PH menang, ia suatu sejarah baru. Malam tadi saya berbisik pada isteri ‘kita bersama sejarah dalam membentuk sejarah’.

“Dan petang semalam bagi membentuk sejarah, mesyuarat pertama bersama AJK (Ahli Jawatankuasa) AMANAH Marang bermula. Perancangan telah disusun. Kemenangan perlu pada penyusunan kerja yang mantap,” katanya.

Azhar berkongsi sedikit ucapannya kepada AJK AMANAH Marang, iaitu ‘kita tidak akan hilang kerusi di Marang tetapi kita akan dapatkan kerusi Marang’.

“Apabila (Presiden PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) mengumumkan beliau bertanding di Tambun, saya sedar parti membuat keputusan luar biasa untuk orang biasa-biasa macam saya,” katanya.

Tegas beliau, Anwar mengambil keputusan luar biasa apabila mengumumkan bahawa dirinya akan bertanding di Parlimen Tambun yang mana ia bukanlah kerusi selamat.

“Tetapi selaku jeneral perang dalam ‘ibu segala pilihan raya’, Anwar mengambil keputusan luar biasa.

“Anwar telah ada kerusi dan diputuskan PH bahawa beliau adalah PM (Perdana Menteri) seterusnya. Mengikut akal biasa, sepatutnya Anwar perlu memilih tempat paling selamat, tetapi Anwar bukan orang biasa-biasa,” katanya. – Getaran, 21 Oktober 2022

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad