web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan Amirudin Prestasi Ekonomi Selangor Meningkat Kerana Pentadbirannya Dianggap Jenaka

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 10:09PM

Barisan kepimpinan Amirudin dikatakan tidak berpijak di bumi nyata dan tidak realistik dalam banyak perkara. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa prestasi ekonomi negeri berkenaan lebih baik di bawah pentadbirannya, berbanding ketika ditadbir kepimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dianggap sebagai jenaka.

Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Selangor, Muhammad Hilman Idham berkata, pertumbuhan Selangor meleset dari tahun ke tahun sejak 2018 hingga ke hari ini, walaupun sebelum pandemik COVID-19 melanda negara.

Menurutnya, walaupun pertumbuhan ekonomi Selangor dicatatkan sebanyak 7 peratus pada tahun 2018, ia merosot kepada 6.8 peratus pada tahun berikutnya dan terus menurun pada kadar -5.2 akibat pandemik pada tahun 2020, sebelum merekod 5 peratus pada tahun lalu.

“Matlamat Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk menyumbang 30 peratus daripada KDNK negara.

“Sasaran ini sangat tidak realistik memandangkan Selangor perlu mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sekurang-kurangnya 9.5 peratus setiap tahun khususnya dalam suasana ekonomi hari ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhammad Hilman turut menempelak sikap barisan kepimpinan Amirudin yang tidak berpijak di bumi nyata dan tidak realistik dalam banyak perkara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia itu memaklumkan, ia adalah strategi Amirudin untuk mengaburi mata rakyat agar terkesima dan ‘impress with big numbers.’

“Wajarlah Amirudin mencermin diri terlebih dahulu sebelum mendabik dada sebegitu.

“Realitinya, beliau sendiri terperangkap dalam bayangan prestasi kepimpinan sebelumnya, sehingga terpaksa berhempas pulas melakukan penjenamaan semula terhadap pelbagai program kebajikan rakyat.

“Ia demi memadam dan menghentikan rekod serta prestasi kejayaan Selangor tatkala pentadbiran Mohamed Azmin,” katanya. - Getaran, 18 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas: Kerugian Dianggarkan RM65.4 Juta - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas Dipadam Sepenuhnya, 305 Mangsa Diselamatkan - Amirudin

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad