web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Kerajaan Sarawak Pertimbang Beri Subsidi Kepada Anak Sarawak Balik Mengundi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 7:00AM

Abang Johari Tun Openg - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Sarawak akan mempertimbang pemberian subsidi kepada anak Sarawak untuk balik mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Premier Sarawak,

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci bersama pimpinan lain.

“Bila pilihan raya saya tidak tahu tapi akan dipertimbangkan. Tauk tauk erti mun balit sine tuju (tahu kalau balik nak ke mana),” katanya bagi menjawab soalan anak Sarawak yang belajar di Semenanjung Malaysia dalam sesi Sarawak Agenda: Town Hall bersama Premier Sarawak di Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, sesi libat urus dan persefahaman antara barisan pimpinan pelajar serta kerajaan Sarawak akan diadakan bagi mencari jalan menyelesaikan masalah dihadapi pelajar, antaranya kadar sewa yang mahal.

Beliau berkata, perbincangan akan diadakan bersama Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk menambah satu bangunan di Kuala Lumpur dengan kadar sewa munasabah kepada anak Sarawak.

LBAS bermula sebagai sebuah perkumpulan Ramah Tamah Aidilfitri pada 2008 di Pejabat Yayasan Sarawak Kuala Lumpur yang dianjurkan secara tahunan.

Sambutan menggalakkan daripada anak Sarawak menjadikan program itu diangkat sebagai program rasmi negeri oleh kerajaan Sarawak pada 2011 dan berterusan sehingga kini.

Tahun ini LBAS dilaksanakan buat kali Ke-13 dan menarik penyertaan lebih 6,000 anak Sarawak di Semenanjung, khususnya siswa-siswi di sini.

LBAS turut menjadi wadah bagi anak Sarawak menyuarakan pandangan dan cadangan untuk dipertimbangkan secara langsung kepimpinan negeri yang hadir bersama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlekeh Premier Sarawak, Polis Rakam Kenyataan Bozz Jebat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 13 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 6 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad