web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Sudah Tiba Masanya, Ini Penggal Terakhir Saya Berkhidmat’ - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 9:17PM

Muhyiddin Yassin memberi bayangan bahawa PRU-15 bakal menjadi medan perjuangan terakhir beliau. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal menjadi medan perjuangan terakhir beliau dalam kancah politik tanah air.

Menurutnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut termasuklah mengambil kira usianya yang sudah mencecah 75 tahun.

Selain itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, beliau juga percaya bahawa partinya memiliki ramai tokoh berpengalaman di setiap lapisan termasuk pemimpin wanita dan juga muda.

“Saya fikir saya sudah berkhidmat untuk negara lama juga, hampir 50 tahun dan disebabkan saya yakin masa depan parti ada (pada) kalangan pemimpin sedia ada untuk meneruskannya.

“Saya tidak wajar bertongkat langit sampai dah tua bangka… jangan salah faham, macam tak ada orang lain saja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Program Solat Jumaat dan Kenduri Rakyat di Masjid Jamek Panchor dekat Pagoh, Johor, hari ini.

Bagaimanapun Muhyiddin yang juga penyandang Parlimen Pagoh berkata, buat masa ini beliau masih diminta untuk meneruskan perjuangan politik.

Justeru katanya, beliau menawarkan diri untuk mempertahankan kerusi tersebut.

“Apa pun sementara itu kita berhadapan pilihan raya, saya diminta untuk meneruskan dan menawarkan diri untuk bertanding di sini.

“Tak tahulah jika orang Pagoh kata tak nak, saya balik kampunglah,” katanya dalam nada berseloroh.

Tegas beliau, kenyataan yang dibuatnya mengenai perkara itu adalah ikhlas.

“Time is up (sudah tiba masanya), this is my last term to serve (ini adalah penggal terakhir saya untuk berkhidmat) saya serah kepada pengundilah nak saya lagi ke tak,” katanya. – Getaran, 14 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 14 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad