web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


21 Persatuan Cina Di Klang Sokong Charles Kekal Pertahan Kerusi Parlimen

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 8:00PM

Charles Santiago ketika menghadiri majlis makan tengah hari hari bersama pemimpin yang mewakili 21 persatuan Cina di bawah kumpulan Gabungan Xiang Quan. - Gambar ihsan Emkay Group

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Persatuan Cina berpengaruh menyokong penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago untuk mempertahankan kerusi tersebut susulan spekulasi beliau akan ditukarkan kawasan pada pilihan raya umum akan datang.

Pada majlis makan tengah hari hari ini, pemimpin yang mewakili 21 persatuan Cina di bawah kumpulan Gabungan Xiang Quan menyatakan Charles harus dikekalkan di kerusinya itu.

Antaranya ialah tokoh tempatan seperti Ketua Seni Tarian Singa legenda, Siow Ho Phiew, Presiden Persatuan Keturunan Wu Klang Datuk Goh Ah Lek, dan wakil Dewan Perniagaan Cina Klang (KCCC) Ter Leong Leng.

Turut hadir Presiden Kehormat Persatuan Hokkien Malaysia, Datuk Ng Bee Chai; pemimpin perniagaan tempatan terkenal, Datuk Seri Tan Kok Chui; Presiden Persatuan Teochew, Datuk Teh Meng Huat; dan Presiden Persatuan Fui Chui, Louis Chen.

Persatuan itu berpendapat bahawa sebarang perubahan dalam kepimpinan masyarakat setempat, sama ada dari peti undi atau melalui politik dalaman parti, secara langsung akan memberi kesan kepada penambahbaikan dan rancangan pembangunan sedia ada.

“Saya terdengar khabar angin bahawa beliau mungkin akan ditukar kerusi. Saya tidak mahu campur tangan dalam hal parti tetapi mengapa mereka berbuat demikian?

“Kenapa betulkan sesuatu yang tidak rosak? Walaupun anda menggantikannya, pendatang baru mungkin tidak melakukan kerja dengan baik.

“Ia bukan seperti YB Charles tidak melakukan kerja dengan baik. Beliau melakukan kerja yang baik di sini. Jika kita mempunyai wakil baharu, kita tidak tahu tahap prestasi mereka. Kita mungkin perlu bermula dari awal. Jadi, mengapa anda mahu membuang masa?

“Bukannya beliau tidak cemerlang, beliau mendapat kira-kira 70 peratus hingga 80 peratus undi semasa pilihan raya lalu.

"Kami akan faham jika sokongan tempatannya sendiri kurang tetapi beliau mempunyai banyak sokongan di sini," kata Goh kepada pemberita selepas mesyuarat makan tengah hari itu.

Sokongan daripada Dewan Perniagaan Cina 

Leong Leng yang mewakili KCCC menegaskan bahawa Charles menyokong sepenuhnya komuniti perniagaan di mana beliau telah membantu memperbaiki keadaan hidup di bandar itu, termasuk mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan tahap kebersihan.

Menurut beliau, antara program yang disokong Charles termasuklah Projek Peremajaan Bandar Klang 2017 di mana Dewan Perniagaan telah memilih untuk memainkan peranan dan membantu masyarakat, bukannya hanya bergantung kepada Ahli Parlimen mereka dan juga kerajaan.

“Saya masih ingat ketika kami melancarkan Projek Peremajaan Bandar Klang pada 2017 kerana kami melihat banyak perkara tidak berjalan dengan betul di Klang, dari segi pelancongan dan sebagainya.

“Jadi, kami dari Dewan Perniagaan cuba memainkan peranan kami dari pihak masyarakat dan tidak hanya bergantung kepada Ahli Parlimen dan kerajaan untuk meremajakan Klang menjadi bandar lebih sesuai untuk didiami.

“Untuk projek kami, YB (Charles) menyokong projek ini sejak kami mulakan. Setiap kali kami menjemput YB Charles, beliau sentiasa ada untuk menyokong program kami. Kami mengadakan Klang Heritage Fest, dan Larian Klang (dan) YB sentiasa berada di sana menyokong kami.

“Kami dapat lihat beliau banyak berjasa kepada masyarakat. Pada Disember lalu, kami melihat beliau di mana-mana. Kami boleh lihat beliau mempunyai rancangan dalam fikirannya tetapi sudah tentu melaksanakan langkah-langkah ini akan mengambil masa. Rom tidak dibina semalaman,” katanya.

Charles menyokong masyarakat dan budaya Cina

Satu lagi anekdot yang dikongsi semasa makan tengah hari itu adalah daripada Ho Phiew yang juga Ketua Seni Tarian Singa legenda, di mana kisahnya mengundang tawa mereka yang hadir.

“Sangat pelik mendapat sokongan untuk pertandingan tarian singa daripada Ahli Parlimen berbangsa India. Ia adalah kali pertama saya mendengarnya. Tetapi itulah YB Charles Santiago. Beliau seorang kawan.

“Jika tiada penggal ketiga (untuk Charles), maka saya harap orang yang mengambil alih akan terus membantu pertandingan ini. Jika tidak, maka orang yang mengambil alih itu tidak menghargai masyarakat dan budaya Cina. Saya berharap YB Charles akan terus berkhidmat di Klang,” katanya.

Baru-baru ini persoalan mula timbul apabila pengundi menyedari bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan dan mantan exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah sedang mengintai kawasan Parlimen Klang pada PRU-15 untuk menggantikan Charles.

Selepas itu, Ean Yong berkata, pada masa ini tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini oleh pemimpin atasan DAP berhubung pencalonannya di Klang bagi menggantikan Santiago dan segala keputusan akan ditentukan oleh pimpinan parti.

“Tiada komen untuk (soalan) ini. (Sebab) bukan saya yang putuskan (sebarang keputusan),” katanya ketika dihubungi.

Secara tidak langsung, senario ini menyebabkan rekod perkhidmatan Ean Yong di Sri Kembangan mula dipantau rapi, dan menyebabkan pimpinan atasan DAP berdepan soalan, mengapa beliau dilihat lebih layak bertanding di Klang berbanding Charles. – The Vibes, 14 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Warga Emas Didakwa Pandu Melulu Hingga Sebabkan Kematian 2 Beradik

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Langgar Lari: Pemandu SUV Diburu Sebabkan Kematian 2 Beradik

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Lagi Kes Pemandu Mabuk, Penunggang Motosikal Parah Dirempuh Perodua Bezza

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 4 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran