web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Berusaha Selamatkan MN Tapi PAS Lebih Utamakan Pengagihan Kerusi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 5:02PM

Ahmad Zahid (kiri) ketika bertemu Hadi Awang bagi membincangkan isu Muafakat Nasional (MN). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO sudah berusaha semaksimumnya untuk menyelamatkan agenda penyatuan ummah dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) bagi memastikan umat Islam kedua-dua parti itu dapat dipertautkan kembali.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagaimanapun PAS dilihat lebih mengutamakan pengagihan kerusi lebih banyak, berbanding menyelamatkan MN yang kini sudah terkubur.

“Sebagaimana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dahulu, UMNO menawarkan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh menang kepada PAS untuk ditandingi walaupun BERSATU menjanjikan 11 kerusi kepada parti itu.

“Begitu juga pada pertemuan kali ini (kelmarin), PAS menegaskan bahawa jika bersama Perikatan Nasional (PN), BERSATU menjanjikan 47 kerusi boleh menang kepada parti itu,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, hari ini.

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi berkata, bagi UMNO perundingan untuk kembali mengukuhkan MN kali ini lebih besar daripada sekadar perkiraan untung rugi kerusi yang bakal diperkongsikan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Sebagai sebuah parti perjuangan UMNO tidak akan pernah patah semangat walaupun ‘madu dibalas tuba’.

“Perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air adalah landasan yang akan diperluaskan kerana UMNO yakin rekod perjalanan panjang banyak menyaksikan, kerjasama atas sifat berkepentingan, bukannya keikhlasan semata-mata hanya menatijahkan pengkhianatan dan kerosakan,” katanya.

Asyraf Wajdi turut berkongsi sekeping gambar pertemuan lapan mata antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kelmarin, sehari sebelum parti itu akhirnya membuat keputusan kekal bersama BERSATU.

Tegas beliau, pertemuan itu adalah ikhtiar terakhir UMNO untuk berlapang dada menerima PAS bagi menyelamatkan MN yang digagaskan bersama sewaktu 22 bulan menjadi pembangkang.

“Itupun selepas didatangi seorang pimpinan tertinggi PAS yang membawa mesej bahawa Majlis Syura PAS dan Muktamar PAS telah membuat resolusi mahukan hubungan PAS dan UMNO dipulihkan kembali. Dewan Ulama PAS juga dikhabarkan membuat resolusi serupa.

“Justeru, UMNO sudah cukup berjiwa besar untuk menerima kembali PAS, walaupun dikhianati apabila PAS bersetuju mendaftarkan PN bersama BERSATU, sedangkan penafian dibuat beberapa kali dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk MN,” katanya.

Bagaimanapun semalam, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat membuat ketetapan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam PN untuk menghadapi PRU-15.

Abdul Hadi berkata, keputusan untuk terus bersama PN adalah atas prinsip penyatuan ummah.

Malah katanya, parti itu turut mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah.Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, parti terbabit akan bergerak solo pada PRU-15 berikutan PAS masih tidak memiliki pendirian tetap dan gagal memenuhi tiga syarat ditetapkan.

Tiga syarat itu ialah PAS perlu keluar daripada PN, memutuskan hubungan politik dengan BERSATU dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufarakah’ (berpisah) 100 peratus daripada PN dan BERSATU. – Getaran, 14 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

2

Politik 4 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad