web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Utus Surat Kepada Agong Selaras Keputusan Parti - Hamzah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 3:55PM

Hamzah bercakap di sidang media Taklimat Op Banjir di Bukit Aman hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan 12 Menteri Perikatan Nasional (PN) mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menolak pilihan raya adalah selaras dengan keputusan parti, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Akuinya, beliau menandatangani surat tersebut sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong selaras keputusan PN yang tidak mahu mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) pun selalu mengatakan bahawa dirinya adalah ‘party man’.

“Saya hormati cara beliau menjawab. Sebagai ‘party man’, beliau perlu akur dengan keputusan parti dan Presiden.

“Saya juga adalah ‘party man’ jadi perlu akur dengan keputusan parti,” katanya pada sidang media Taklimat Op Banjir di Bukit Aman hari ini.

Hamzah berkata, apa juga kenyataan yang dikeluarkannya adalah selaras dan senada dengan kehendak parti.

“Apabila parti kata tidak sesuai sekarang (pilihan raya), saya pun ikut sama (kata) tidak sesuai. Sama juga dengan beliau (Ismail Sabri) jika presidennya kata nak adakan pilihan raya sekarang beliau kena ikut,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan dibuat Perdana Menteri berhubung tindakan Menteri PN mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Hamzah berkata, adalah normal untuk parti menghantar surat kepada sesiapa pun.

“Seperti yang dikatakan Perdana Menteri sebelum ini terhadap soalan sama, ia adalah normal dan tidak menjadi masalah (menghantar surat), tapi selepas beberapa hari beliau mengatakan sebaliknya.

“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.

Pada 9 Oktober lalu, Ismail Sabri dilaporkan berkata, keabsahan kerajaan tidak tergugat walaupun 12 anggota Kabinet daripada PN menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian tidak bersetuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Perdana Menteri menegaskan, tindakan 12 menteri PAS dan BERSATU itu tidak menjejaskan keutuhan kerajaan kerana sokongan kepada Perdana Menteri adalah tertakluk pada majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat dan bukan Kabinet.

Sehubungan itu, Ismail Sabri menegaskan tidak timbul isu keabsahan kerajaan tergugat disebabkan surat berkenaan, sebaliknya perkara itu hanya dibangkitkan pihak yang tidak memahami undang-undang hingga menimbulkan kekeliruan.

Bagaimanapun, semalam beliau dipetik sebagai berkata, keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 Menteri PN menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Justeru, beliau menegaskan bahawa pembubaran Parlimen adalah bertujuan menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran Kerajaan. - Getaran, 12 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Krisis BERSATU: Hamzah Zainudin Dipecat, Boleh Merayu Dalam Tempoh 14 Hari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Setiausaha Politik Didakwa Lagi, Tuduhan Rasuah Berkaitan Tender PDRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Terima Rasuah RM350,000, Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainuddin Mengaku Tidak Bersalah

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kediaman Diserbu, Hamzah Ambil Tindakan Undang-Undang

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad