web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azmin Tempelak UMNO, PN Siap Siaga Selamatkan Negara

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 5:39PM

Azmin Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menempelak UMNO kerana didakwa gagal merasai denyut nadi rakyat.

Beliau dipercayai merujuk kepada pembubaran Parlimen semalam bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sementara itu berkata, UMNO gagal bersama rakyat dalam situasi pemulihan ekonomi serta keadaan cuaca yang amat mencabar.

"Pembentangan Bajet 2023 adalah sia-sia, membazir sumber tenaga dan masa anggota perkhidmatan awam yang telah berhempas pulas untuk mengerah fikrah dan tenaga bagi menyediakan belanjawan.

"Keutamaan kita seharusnya ditumpukan untuk membantu rakyat mengharungi cabaran semasa dan memulakan kehidupan yang lebih terjamin," katanya menerusi kenyataan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO mengumumkan pembubaran Parlimen.

Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa televisyen tempatan pada jam 3 petang, selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mohamed Azmin menambah, pendirian PN tuntas dan bertanggungjawab supaya tumpuan sepenuhnya diberikan kepada setiap usaha mencerdas dan memulihkan ekonomi negara.

Menurut beliau, langkah tersebut merangkumi penyediaan bantuan kewangan kepada peniaga kecil bagi meneruskan aktiviti perniagaan, melanjutkan moratorium untuk tempoh lebih munasabah, mengawal inflasi serta terus berusaha mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

"Kerajaan PN telah melaksanakan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion yang menyentuh dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat termasuk peniaga kecil, orang bujang, majikan dan pekerja serta industri.

"Inilah PN yang fokus untuk memulihkan ekonomi rakyat dan negara," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, PN sentiasa komited untuk berkhidmat dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Buktinya, tambah beliau, pada tahun lalu kerajaan PN telah mencipta hampir 300,000 peluang pekerjaan baharu dan sehingga suku kedua 2022, ia telah melonjak kepada 539,000 peluang pekerjaan.

Mohamed Azmin berkata, PN juga menekankan kepentingan agar kerajaan memberi tumpuan kepada usaha-usaha menghadapi kemungkinan banjir besar akibat Monsun Timur Laut bermula bulan ini sehingga awal tahun depan.

Menurutnya, ini termasuk persiapan dari segi kelengkapan aset penting, bantuan makanan dan keperluan asas, akses kepada perkhidmatan kesihatan serta bantuan pasca banjir.

"Inilah PN yang sentiasa meletakkan kepentingan dan keselamatan rakyat sebagai agenda terpenting," katanya.

Beliau memberitahu, hakikatnya terdapat parti politik yang tidak mahu melihat peratusan keluar mengundi tinggi kerana jumlah yang rendah akan memberi lebih peluang kepada parti berkenaan untuk menang.

"Inilah sebab sebenar mengapa PRU-15 diadakan dalam musim hujan dan berkemungkinan banjir besar," katanya.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan, PN tidak gentar dengan kedegilan dan keangkuhan UMNO.

Beliau berkata, gabungan tersebut akan menyertai pilihan raya dengan tekad untuk meneruskan agenda prihatin rakyat serta mengangkat martabat umat dan negara.

"PN siap siaga untuk menyertai PRU-15 dengan semangat yang tinggi bagi menyelamatkan negara dan rakyat Malaysia.

"Justeru, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi untuk keluar beramai-ramai bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat demi masa depan nusa dan bangsa," katanya. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95