web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Tun Mahathir Pertahan Kerusi Langkawi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 3:25PM

Tun Dr Mahathir Mohamad - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan, beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat GTA di sini hari ini, bekas perdana menteri itu berkata beliau akan bertanding sebagai ‘calon wakil rakyat’ dan bukan sebagai ‘calon perdana menteri’.

“Kita juga membuat keputusan iaitu di Langkawi calonnya ialah Dr Mahathir Mohamad, bukan sebagai calon perdana menteri tetapi sebagai wakil rakyat.

“Kita tidak tentukan siapa yang akan jadi perdana menteri, kerana calon untuk perdana menteri itu hanya relevan jika menang (PRU15) sahaja, kalau kita kalah tidak relevan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen Ke-14 bagi memberi laluan kepada PRU15.

Pada Jun lepas, Dr Mahathir dilaporkan berkata akan mempertimbangkan cadangan untuk bertanding di Parlimen Langkawi pada PRU15, sekiranya tiada calon sesuai. 

Pada PRU14, Dr Mahathir mencipta kejutan apabila memenangi kerusi Parlimen Langkawi apabila memperoleh 18,954 undi menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Nawawi Ahmad dan calon PAS Zubir Ahmad dengan majoriti 8,863 undi.

Sementara itu, Dr Mahathir  yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata mesyuarat itu turut memutuskan, GTA akan bertanding atas tiket Pejuang kerana pendaftaran gerakan itu belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Walaupun guna nama Pejuang tapi tidak bermakna calon dari Pejuang. Mereka adalah dari GTA cuma diuruskan Pejuang. Kita telah setuju akan letak 120 atau lebih calon termasuk di Sabah,” katanya dan menambah senarai calon akan dibuat oleh presiden parti dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam GTA.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata calon GTA di Kelantan akan bertanding menggunakan bendera dan logo Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

GTA telah mengemukakan permohonan kepada RoS pada 18 Ogos, untuk didaftarkan selepas gerakan itu ditubuhkan pada 4 Ogos, dengan melibatkan gabungan empat parti iaitu Pejuang, Berjasa, Putra dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), serta terbuka kepada NGO, orang perseorangan, ahli akademik serta profesional dalam kalangan kaum Melayu.

Mengulas mengenai strategi gerakan itu pada PRU15, beliau berkata GTA akan meletakkan calon bebas rasuah dan jenayah serta calon muda dalam kalangan wanita, selaras pelaksanaan Undi18 yang dimulakan pada Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 4 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad