web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jadikan Malaysia Bertaraf Dunia, Rakyat Perlu Sokong PH Angkat Anwar PM-10

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 3:35PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat tanpa mengira latar belakang digesa memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, usaha itu selaras dengan perjuangan untuk menjadikan negara bertaraf dunia pada masa akan datang.

“PH berjuang untuk kehebatan dan saya menyeru semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, memberikan sokongan padu kepada PH untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

“(Ini) dalam perjuangan kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia, jika bukan dalam dekad ini, selewat-lewatnya menjelang ulang tahun ke-100 Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

Dalam pada itu, Kit Siang yang juga veteran DAP berkata, Bajet 2023 yang dibentangkan kelmarin meskipun bajet terbesar dalam sejarah, bukanlah satu bajet yang luar biasa.

Menurut beliau, ia bukan bajet luar biasa yang dapat menyelesaikan krisis ekonomi dalam negara, meningkatkan taraf kualiti pendidikan, memastikan Malaysia tidak mencatatkan prestasi buruk dalam menguruskan satu lagi pandemik global atau menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Malah katanya, bajet itu hanyalah menaburkan wang dengan habuan di sana sini, tanpa sebarang usaha untuk menghentikan trajektori negara dalam beberapa dekad yang lepas apabila Malaysia terus ketinggalan di belakang Taiwan, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan Vietnam.

“Dan jelas sekali, belanjawan ini tidak mempunyai apa-apa usaha untuk memastikan kedudukan dan markah Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2022 yang bakal diterbitkan pada Januari tahun hadapan, tidak akan menjadi lebih teruk berbanding dengan TI CPI 2021.

“Apa yang Malaysia perlukan adalah penetapan semula dasar dan prinsip pembinaan negara untuk mentransformasi Malaysia dari menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal, kepada hala tuju menjadi ‘harimau’ ekonomi dan negara hebat bertaraf dunia,” katanya.

Tegas beliau, perkara itu akan bergantung kepada sama ada tarikh 23 Ogos lalu menjadi titik peralihan dalam sejarah negara apabila mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja dihantar ke penjara atas kesalahan rasuah, tetapi menandakan kembalinya negara kepada prinsip dan dasar yang tersurat dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.

Beliau berkata, prinsip berkenaan merangkumi Malaysia sebagai sebuah negara raja berperlembagaan dengan demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah yang minimum dan meritokrasi.

Selain itu, Kit Siang berkata, prinsip tersebut juga melibatkan rasa hormat terhadap hak asasi manusia dan perpaduan negara dari masyarakat majmuk pelbagai kaum, bahasa, agama serta budaya.

“Adakah Malaysia akan bergerak ke arah demokrasi berparlimen yang lebih sihat, di mana terdapatnya pemisahan kuasa yang lebih bermakna dengan kedaulatan undang-undang dan badan kehakiman yang bebas?

“Inilah perjuangan kita untuk Pilihan Raya Umum ke-15  (PRU-15), kleptokrasi seperti Sri Lanka atau Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia semasa kita menyambut ulang tahun ke-100 negara,” katanya. - Getaran, 9 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad