web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Bermesyuarat Pagi Ini, Bincang Hal PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 10:47AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS mengadakan mesyuarat di ibu pejabat parti itu di sini, pagi ini bagi membincangkan berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).  

Antara pemimpin parti yang dilihat memasuki bangunan tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air.  

Turut kelihatan menteri besar di beberapa negeri ditadbir PAS, iaitu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim ketika ditemui media berkata, mesyuarat tersebut turut merangkumi mesyuarat bulanan PAS.

“Mesyuarat ini adalah mesyuarat bulanan dan mesyuarat khas membincangkan pilihan raya,” katanya ringkas kepada media sebelum memasuki bangunan Ibu Pejabat PAS.

Spekulasi pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 semakin kuat kedengaran, terutama selepas pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.  

Antara ditunggu-tunggu adalah keputusan sama ada PAS akan memilih UMNO atau Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai ‘rakan kongsi’ pada PRU-15.

Keputusan tersebut dijangka diputuskan dalam masa terdekat menerusi mesyuarat penuh parti. - Getaran, 8 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 3 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad