web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Letak 30 Peratus Calon Wanita Pada PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 3:42PM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – UMNO akan meletakkan 30 peratus calon wanita, termasuk dari parti komponennya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu dipersetujui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti terbabit dalam mesyuarat diadakan kelmarin.

“MKT UMNO yang bersidang pada 30 September, membincangkan antara lain mengenai agenda pemerkasaan wanita dibawa Wanita UMNO.

“MKT bersetuju untuk meletakkan 30 peratus calon wanita pada PRU-15. Takrifan calon wanita termasuklah (daripada) Wanita UMNO, PUTERI, parti komponen dan berjawatan dalam bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas menghadiri Karnival Ayuh Cergas peringkat daerah anjuran Hospital Pontian di Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor hari ini.

Turut hadir, Pengarah Hospital Pontian, Dr Iszaid Idris; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pulai Sebatang Hasrunizah Hasan; ADUN Kukup, Datuk Jefridin Atan dan ADUN Pekan Nanas, Datuk Tan Eng Meng.

Ahmad berkata, ketika PRN Johor, sebanyak 25 peratus calon adalah wanita yang terdiri daripada Wanita UMNO, PUTERI, parti komponen dan berjawatan dalam bahagian.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kesetiaan, kemampuan dan peranan besar dilaksanakan wanita sebagai tulang belakang parti selama ini.

“UMNO akan terus menjadi parti tunjang bagi mengarusperdanakan kepimpinan wanita sebagai pembuat keputusan, baik dalam politik, kerajaan, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

Malah, beliau berkata, ia boleh dilihat pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 apabila parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu, meminda perlembagaan parti Fasal 9.2.2, di mana Ketua Wanita UMNO diangkat bertaraf Timbalan Presiden. – Getaran, 2 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad