web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bersatu Mahu Kepimpinan UMNO Ambil Kira Kepentingan Rakyat Sebelum Bubar Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 1:05PM

Timbalan Presiden Bersatu berkata UMNO tidak seharusnya menumpukan perhatian kepada usaha mendapatkan kuasa pemerintahan semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira keadaan cuaca, kesiapsiagaan anggota keselamatan dan perbelanjaan negara sekiranya PRU-15 diadakan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA, - Parti Bersatu mahu kepimpinan UMNO mengambil kira kepentingan rakyat sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada  Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata UMNO tidak seharusnya menumpukan perhatian kepada usaha mendapatkan kuasa pemerintahan semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira keadaan cuaca, kesiapsiagaan anggota keselamatan dan perbelanjaan negara sekiranya PRU-15 diadakan.

“Bersatu ingin kerajaan memberi fokus kepada persiapan untuk mengadakan PRU. Apakah cukup anggota polis, adakah dengan enam negeri yang telah mengatakan tidak akan mengadakan PRU pada tahun ini akan meningkatkan perbelanjaan negara?

“Perkara ini perlu diambil perhatian yang serius, kerana kita bukan tertumpu untuk mendapatkan kuasa pemerintahan, tetapi juga kepentingan rakyat sebagai satu perkara paling utama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Program KBS Trail Run “Love Nature for Our Future” 2022 di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini. 

Jumaat lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata berdasarkan cadangan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad