web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guan Eng Sahut Cabaran Saravanan: ‘Tiada Masalah, Saya Tetap Akan Hadir’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 5:00PM

Guan Eng (kanan) akan membawa bersama bukti dakwaannya berhubung kegagalan Saravanan menangani isu kekurangan pekerja asing. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng bersedia menyahut cabaran Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan supaya hadir ke pejabatnya dengan membawa bersama bukti yang menunjukkan beliau gagal menangani kekurangan buruh asing.

Menurut beliau, bukan sahaja dirinya, malah Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham akan turut hadir pada pertemuan ditetapkan di pejabat Menteri Sumber Manusia di Putrajaya pada 5 Oktober nanti.

“Tiada masalah, (saya) tetap akan sampai,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Malah Guan Eng berkata, beliau turut akan membawa bersama bukti dakwaannya berhubung kegagalan Saravanan menangani isu tersebut.

“Jadi, saya hanya hendak minta beliau (Saravanan) menjawab soalan berkaitan (isu) orang yang berbaris di pejabat beliau untuk mendapatkan permohonan pekerja asing.

“Di samping itu, aduan dibuat Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), di mana mereka nyatakan bahawa dalam Januari 2022, Saravanan sendiri meluluskan 385,000 pekerja asing untuk semua sektor.

“Tetapi sehingga sekarang, hanya 47,000 yang sampai, iaitu sebanyak 12 peratus sahaja,” katanya.

Guan Eng berkata, markah 12 peratus berkenaan boleh diibaratkan sebagai satu bentuk kegagalan.

Semalam, Saravanan menetapkan 5 Oktober sebagai tarikh untuk Guan Eng hadir bertemu dengannya dan menunjukkan bukti bahawa beliau gagal menangani masalah kekurangan buruh asing di negara ini.

Saravanan berkata, gesaan Guan Eng baru-baru ini supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri sekiranya kelemahan dalam pengurusan kementerian itu dapat ‘dibongkar’, menunjukkan pemimpin DAP terbabit tidak memahami peranan kementerian berkenaan.

Menurut Saravanan, mulai April lalu hingga kini, semua memorandum persefahaman (MoU) berkaitan buruh migran sudah diselesaikan dengan negara sumber.

Tambahnya, semua kuota membabitkan 14 negara sumber itu sudah ditetapkan.

“Apa lagi yang perlu dilakukan kementerian? Adakah ia perlu menghantar kapal (ke negara sumber) untuk membawa masuk pekerja?

“Saya sudah meminta Guan Eng untuk menghadiri mesyuarat pada tarikh ditetapkan dan akan menghantar surat rasmi kepada beliau.

“Beliau mesti membawa bukti kelemahan kementerian ini. Jangan bawa drama politik, bawa bukti di mana silap kita,” katanya.

Pada masa sama, Guan Eng berkata, Saravanan tidak boleh ‘cuci tangan’ apabila menyatakan bahawa selepas kelulusan diberikan, ia bukan halnya lagi.

“Kalau orang tempah dengan anda makanan, selepas anda terima tempahan, sudah... itu kerja anda sudah (selesai), sama ada makanan itu disampaikan kepada pelanggan atau tidak, itu bukan hal anda.

“Mana boleh kata begitu, kan? Makanan itu mesti sampai. Pekerja mesti masuk, kalau tidak apa bezanya beri kelulusan atau tidak? Tiada beza langsung,” katanya.

Guan Eng melihat kenyataan bahawa pihak Kementerian Sumber Manusia sudah melaksanakan tugas menangani kekurangan pekerja asing, sebagai menegakkan benang yang basah memandangkan masalah tenaga buruh itu masih berlaku.

“Kalau beliau beri kelulusan pekerja tidak masuk, takkan beliau tidak mengambil peduli? Beliau mesti pastikan kelulusan ini ‘laku’. Kalau tidak laku jangan beri kelulusanlah. Tidak berkesan langsung.

“Itu sebabnya saya bertanya kepada beliau, jadi beliau sudah melenting dan melatah menyatakan yang ‘oh kalau begini saya cabar Lim Guan Eng datang untuk tunjuk bukti, okay, saya marilah, anda cabar saya datang, (saya) takut apa?’,” soalnya.

Ahli Parlimen Bagan itu turut mempersoalkan, sama ada Saravanan menjalankan tugas atau sebaliknya, memandangkan isu kekurangan pekerja dilihat masih berlaku di banyak tempat ketika ini.

“Anda pergi mana-mana sekarang semua mengadu masih tiada pekerja. Anda pergi kedai mamak atau restoran semua mengadu masih tiada. Dia sudah buat kelulusan buat apa? Tiada guna langsung.

“Adakah kita jadi satu negara di mana kelulusan diberikan hanya di atas kertas sahaja, tetapi pekerja tidak masuk. Ini habislah kalau begini,” katanya. - Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

2

Politik 2 tahun yang lalu

Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

4

Politik 3 tahun yang lalu

Pulau Pinang Tak Goyah, Kekal Teguh Di Belakang PM - Guan Eng

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad