web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jadi PM Untuk Setahun, Tun M Timbang Kemungkinan Jika Didesak

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 7:00AM

Tun Dr Mahathir Mohamad - Gamba fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan untuk sekali lagi menyandang jawatan nombor satu itu jika keadaan benar-benar memerlukan dan tiada calon lain yang lebih layak.

Bercakap di forum Gerakan Tanah Air (GTA) di Bangi semalam, beliau yang juga Pengerusi Penaja, berkata, mungkin akan mengubah pendirian jika diminta berbuat demikian oleh ahli, walaupun pada hakikatnya sudah berehat dan hanya perlu membimbing gabungan itu.

“Saya lebih memilih untuk berehat sambil memainkan peranan sebagai penasihat (kepada GTA) tetapi jika mereka kerap mendesak, adalah sukar untuk saya hanya mementingkan diri.

“Jika mereka terus mendesak sehingga tiada orang lain lagi, saya akan menerima,” katanya sambil ketawa kecil.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang menyatakan demikian ketik ditanya mengenai kesediaannya untuk bertanding lagi.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau berkemungkinan hanya menyandang jawatan tersebut untuk setahun, bukan sepenggal penuh.

“Saya menubuhkan GTA bukan untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga, itu bukan niat saya sama sekali.

“Saya hanya mahu memastikan dasar yang membantu Melayu, dilaksanakan oleh sebuah kerajaan prihatin dan menyayangi setiap kaum, agama dan negara,” katanya yang berusia 97 tahun.

Kali pertama menyandang jawatan Perdana Menteri pada 1981 hingga 2003 iaitu selama 22 tahun, Dr Mahathir ialah satu-satunya pemimpin di Malaysia yang dilantik buat kali kedua untuk menduduki portfolio tersebut pada 2018, selepas mengetuai kejayaan bersejarah Pakatan Harapan (PH) menewaskan Barisan Nasional (BN).

Pada 4 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan GTA, satu gabungan yang disasarkan untuk memperkasa kaum Melayu, khususnya dari aspek ekonomi.

Buat permulaan, GTA dibarisi PEJUANG, Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).

Keahlian gabungan itu terbuka kepada semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu, ahli akademik dan kumpulan profesional dalam kalangan komuniti Melayu. - The Vibes, 25 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 44 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95