web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rundingan Hanya Sah Apabila Diputuskan Kepimpinan UMNO - Ismail Sabri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Sep 2022 2:30PM

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata sebarang rundingan perlu dijalankan secara 'terang' dan mengikut dasar parti. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa setiap rundingan yang melibatkan UMNO hanya akan dianggap sah apabila ia diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata sebarang rundingan perlu dijalankan secara ‘terang’ dan mengikut dasar parti.

“Parti mesti memutuskan siapa wakil parti yang sah untuk berunding dan sebagainya. Kalau pergi sendiri-sendiri tidak boleh dianggap sebagai mewakili parti.

“Apa pun rundingan yang nak dijalankan mesti secara rasmi dan diputuskan UMNO sendiri… kalau rundingan-rundingan lain tu mungkin pertemuan yang dianggap tidak rasmi, tidak akan menjadi keputusanlah kepada UMNO,” katanya selepas merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama
Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama

Ismail Sabri diminta mengulas mengenai dakwaan seorang pemimpin PAS mengenai rundingan sulit membabitkan pemimpin tertentu dalam UMNO dan PAS yang menyentuh keperluan satu lawan satu antara mereka dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dilaporkan berkata parti itu, yang merupakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN), mahu UMNO tahu bahawa musuh utama pada PRU15 kelak adalah PH dan bukannya Bersatu.

Mengenai cadangan PAS untuk mengadakan rundingan mengenai 27 kerusi kritikal Parlimen pada PRU15, Ismail Sabri berkata cadangan itu boleh dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk dibincangkan dan jika bersetuju boleh melantik wakil untuk mengadakan rundingan.

Sebelum ini, PAS dalam Muktamar di Kedah berharap rundingan dengan BN boleh diadakan bagi membincangkan perkara yang melibatkan 27 kerusi kritikal bagi peringkat Parlimen pada PRU-15.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata PAS masih terbuka untuk berunding dengan BN terutama dalam memuktamadkan pembahagian kerusi untuk berdepan PRU-15 demi penyatuan ummah. - Bernama
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 7 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik