web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kritikan Dr Mahathir Mahu Hapuskan UMNO, Dicabar Masuk Gelanggang PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 4:08PM

Tun Dr Mahathir Mohamad - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya melemparkan kritikan melampau terhadap UMNO dan memburukkan reputasi parti itu, memandangkan ia pernah berjasa kepadanya.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, walaupun diakui kepimpinan Dr Mahathir ketika menerajui negara meninggalkan kesan mendalam, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu harus ingat sumbangan parti di sebalik kejayaannya.

Malah, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO mencadangkan supaya Dr Mahathir turun ke gelanggang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) daripada sekadar lantang mengkritik.

“Dr Mahathir harus masuk ke gelanggang PRU-15 nanti jika merasakan UMNO jahat dan perlu ditewaskan.

“Jika Tun (Dr Mahathir) merasakan UMNO tetap ‘jahat’ dan perlu ditewaskan, Tun bersainglah dalam gelanggang pilihan raya nanti.

“Berilah pilihan kepada rakyat. Itu hak Tun, seperti mana hak kami untuk menawarkan diri sebagai parti yang menjanjikan kesetiaan dan kestabilan. Tak perlulah sampai mengata seolah-olah semua kami yang jadi ahli UMNO ini hodoh, bodoh atau kotor,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

JIKA TUN MERASAKAN UMNO ITU MESTI DIKUBURKAN, BERSAINGLAH DALAM GELANGGANG PRU Bebenang dan kenyataan panjang Tun...

Posted by Shahril Hamdan on Tuesday, September 6, 2022

Sementara itu, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Langkawi itu sebagai retorik.

“Betullah apa yang Tun M (Dr Mahathir) cakap dalam Facebook selepas keluar hospital. Menyumbat Najib (Datuk Seri Najib Razak ke dalam penjara tidak membersihkan UMNO dari rasuah.

“Itu retorik Tun M, sebenarnya dia mahu Najib dan Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) masuk penjara supaya UMNO dihapuskan serta terkubur selama-lamanya.

“Pertuduhan rasuah jadi alat politik,” katanya.

Jelas Mohd Puad, Mahathir sememangnya mahu melihat Najib dan Zahid yang juga Presiden UMNO merengkuk di penjara kerana menginginkan parti Melayu terbesar itu terkubur.

“UMNO bukan parti rasuah, sebaliknya ramai pemimpin rasuah menyertai BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

“Apabila dia (Dr Mahathir) tubuh BERSATU, ramai ‘katak melompat’ masuk parti itu. Maka BERSATU adalah parti rasuah. Dia bapa rasuah kerana buang kes Lim Guan Eng,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir berkata, pemenjaraan Najib yang juga mantan Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO itu tidak cukup untuk membersihkan parti berkenaan daripada budaya rasuah.

Beliau berkata, rasuah dalam UMNO sudah melata hingga ke peringkat akar umbi.

Justeru, katanya, UMNO perlu ditolak sepenuhnya pada PRU-15.

“Pemenjaraan Najib tidak membersihkan UMNO. Budaya UMNO bukan budaya parti di waktu ia ditubuh. Ini bukan parti UMNO lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Getaran, 7 September 2022

 

PEMENJARAAN NAJIB TIDAK BERSIHKAN UMNO DARI RASUAH? Betullah apa yang Tun M cakap dalam fb selepas keluar hospital....

Posted by DrPuad Zarkashi on Tuesday, September 6, 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran