web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Diingat Tak Lupa Peristiwa Hitam Dikhianati ‘Golongan Langkah Sheraton’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 2:26PM

Prasanth Kumar Brakasam - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) yakin kepimpinan PKR dan Pakatan Harapan (PH) akan membuat pertimbangan sewajarnya serta terbaik, berhubung hasrat Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk partinya menyertai gabungan itu.

Bagaimanapun, Naib Ketua AMK, Prasanth Kumar Brakasam berkata, pihaknya mengingatkan gabungan itu supaya tidak melupakan peristiwa hitam dilakukan individu yang menumpang kekuatan PH dan kemudian melakukan pengkhianatan menerusi ‘Langkah Sheraton’.

Katanya, dalam masa sama, apabila sesuatu parti politik bersedia berada di bawah payung PH, ia memberi makna untuk menerima prinsip kerja kolektif dan keutamaan dalam mengangkat suara rakyat, bukan kepentingan mana-mana parti atau individu.

“Jelaslah bahawa PH bukan jalan pintas untuk memperolehi keselesaan. Setiap parti komponen dalam PH perlu memberi nilai tambah dalam memperkukuh gabungan.

“Penyertaan MUDA bukan jalan pintas untuk memperoleh keselesaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, AMK bersyukur akhirnya MUDA mengakui bahawa PH adalah pilihan gabungan terbaik untuk rakyat menjelang PRU-15.

Semalam, Syed Saddiq dilaporkan berkata, MUDA bersetuju menyertai PH sebagai antara parti komponen dalam gabungan itu bagi menghadapi PRU-15.

Katanya, keputusan itu dibuat menerusi Persidangan Pilihan Raya MUDA yang berlangsung kelmarin dan semalam.

Jelasnya, MUDA terbuka mengadakan perbincangan rasmi dengan Majlis Presiden PH berhubung keputusan itu, malah cadangan menyertai gabungan terbabit sudah bermula sebaik selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. - 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 23 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad