web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Artikel Berunsur Fitnah, PH Buat Laporan Polis Terhadap Abdul Hadi, Harakahdaily

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 7:00AM

Sheikh Umar (lima kanan) bergambar di luar IPD Dang Wangi selepas membuat laporan polis. - Gambar dari Facebook Sheikh Umar Bagharib Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, susulan artikel diterbitkan Harakahdaily yang didakwa menuduh gabungan politik tersebut dikelilingi pemberi rasuah sepanjang pemerintahannya.

Laporan tersebut dibuat semalam di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Dang Wangi, di sini.

Bercakap kepada Getaran, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, Abdul Hadi dan Harakahdaily perlu disiasat segera atas kenyataan serta penyiaran artikel berunsur fitnah berkenaan.

“Laporan ini dibuat PH dan kita minta tindakan segera daripada pihak polis,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Sheikh Umar dilaporkan berkata, pihaknya menganggap kenyataan seumpama itu sebagai hasutan yang boleh memecahbelahkan keharmonian kaum.

“Lebih-lebih lagi apabila Abdul Hadi cenderung dengan mudahnya mengaitkan rasuah dengan kaum tertentu di negara kita.

“Ia boleh mengundang permusuhan serta kebencian antara rakyat,” katanya selepas membuat laporan polis terbabit.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya menganggap kenyataan Abdul Hadi ibarat ‘ayam berkokok sedangkan ekor bergelumang tahi’.

Menurutnya, ia kerana usul muktamar PAS yang berakhir kelmarin bersetuju dalam usaha kerjasama dengan UMNO yang pemimpinnya disabit dan dipalit pelbagai isu rasuah serta salah guna kuasa.

Turut hadir ketika laporan polis itu dibuat adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Sany Hamzan. - Getaran, 6 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keadaan Abdul Hadi Stabil, Akan Keluar IJN Dalam Masa Terdekat - Anak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kandungan Media Sosial Dibuang Kerana Promosi Jualan Haram, Penipuan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 6 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 7 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad