web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kandungan Media Sosial Dibuang Kerana Promosi Jualan Haram, Penipuan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 4:45PM

 Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini menafikan dakwaan kononnya kerajaan membuang kandungan di platform media sosial, kerana mengkritik beliau atau Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan tindakan kerajaan membuang kandungan di beberapa platform media sosial, disebabkan 70 peratus daripadanya mengandungi promosi jualan haram dan penipuan dalam talian.

Fahmi turut berkongsi statistik kandungan memudaratkan pada tahun ini, iaitu 25,642 kandungan berbanding 1,019 pada 2022 dengan 18,140 kandungan tahun ini adalah penipuan dan penjualan haram, diikuti 4,008 kandungan berita palsu, 2,858 kandungan jelik, 599 bersifat pornografi dan 37 kandungan bersifat mengancam.

“Tahun ini kita buang 18,140 kandungan penipuan. Zaman Annuar Musa (bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa) buang berapa? 315 je.

“Takkan dia tak cergas lawan penipuan pun nak salahkan saya?,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook dan X, hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan mengulas berita bertajuk ‘Padam Kandungan: Langkah ke Arah Cengkaman Media’, yang diterbitkan Harakahdaily hari ini.

Media tempatan melaporkan syarikat induk Facebook, Meta dan TikTok, mengakui menerima peningkatan permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk mengalih keluar kandungan atau menyekat akaun di platform berkenaan, bagi tempoh enam bulan pertama 2023. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

2

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

3

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

5

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

6

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 35 minit yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad