Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Terpulang Pada Kamu’, PAS Serahkan Keputusan MN PRU15 Kepada UMNO

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 10:01PM

Abdul Hadi berucap pada sesi pergulungan Muktamar Tahunan PAS Ke-68 di Kompleks PAS Kedah malam ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - PAS menyerahkan kepada UMNO mengenai keputusan sama ada gabungan politik Muafakat Nasional (MN) akan diterima pakai sebagai perjanjian kerjasama antara kedua-dua parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Di sebalik perbezaan ketara antara kedua-dua parti itu, PAS telah meluluskan usul dicadangkan Dewan Ulama dan disokong sayap pemudanya, iaitu untuk meneruskan hubungan dengan UMNO di bawah MN.

Bagaimanapun, butiran kecil dalam usul tersebut menunjukkan bahawa PAS berminat untuk bekerjasama dengan semua parti didominasi Melayu-Islam, serta bukan Islam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersedia menerima parti Islam itu.

Justeru, ia adalah pengesahan semula untuk kekal bersama Perikatan Nasional (PN) yang diketuai parti serpihan UMNO iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan juga melibatkan GERAKAN, parti pelbagai etnik sebagai parti komponen.

Pada Jumaat lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu terpaksa meninggalkan MN dan bergerak sendiri pada pilihan raya selepas PAS memutuskan untuk bersama dengan musuh UMNO iaitu BERSATU.

Berucap pada perhimpunan hari ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, matlamat politik PAS adalah perpaduan ummah.

Abdul Hadi, yang dikatakan berdepan masalah kesihatan, kelihatan tegas pada muktamar yang diadakan di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut kira-kira 50 kilometer dari Alor Setar.

Tegasnya, sekarang terpulang kepada UMNO sambil menambah PAS tidak pernah berundur daripada konsep MN kerana ia pertama kali ditubuhkan bersama parti itu.

BERSATU sebelum ini bersetuju untuk menyertai MN pada 2020, tetapi gagal direalisasikan ekoran ketegangan dengan UMNO.

“Kita tidak menukar sesiapa pun. Kita selalu memperjuangkan perpaduan ummah. Kita tidak pernah tersasar dari kepercayaan kita. Terdapat beberapa pemimpin dalam UMNO yang bersetuju dengan ini,” kata Hadi dalam ucapannya.

Parti Islam itu turut meluluskan beberapa resolusi lain, tetapi kemuncaknya adalah pengakuan bahawa mereka masih mahukan MN atau seumpamanya untuk dipraktikkan pada PRU15.

Dalam perhimpunan itu, perwakilan kebanyakan berbahas dan berucap berhubung kepentingan memastikan pertandingan satu lawan satu di kawasan yang akan ditandingi PAS.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, parti itu telah menyenarai pendek 80 kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada PRU15, berbanding 155 pada pilihan raya lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah melangkah setapak lagi dengan meramalkan PAS boleh memenangi sehingga 40 kerusi di peringkat Persekutuan kerana ia menguasai tiga negeri, selain mempunyai banyak pengalaman dalam jentera pilihan rayanya.

PAS kini mempunyai 17 kerusi Parlimen, tetapi berjaya menawan tiga negeri iaitu di Kedah, Terengganu, dan Kelantan sekali gus menjadikannya ‘kingmaker’ untuk undi orang Melayu.

Dalam ucapan penggulungannya, Abdul Hadi bersungguh-sungguh menggariskan titik perjuangan PAS.

Abdul Hadi berkata, perjuangan untuk kemenangan dalam Islam adalah proses sukar dan melibatkan jangka masa panjang tetapi apabila memperoleh kemenangan, ia boleh menjadi pengalaman yang berkekalan.

“Kita tidak dapat meramal kemenangan. Terpulang kepada Allah untuk menentukannya. Sama seperti kita tidak boleh meramalkan siapa musuh kita.

“Tetapi kita tidak sepatutnya berada dalam politik untuk memperbanyakkan musuh kita,” katanya.

Abdul Hadi berkata, kemenangan boleh dicapai sebaik sahaja perpaduan ummah termeterai.

Beliau berkata demikian dengan memetik sejarah yang tertulis dalam al-Quran, iaitu apabila Nabi Muhammad berjaya membangunkan Madinah menjadi sebuah kota besar kosmopolitan dengan menyatukan semua puak beragama Islam.

“Hanya apabila umat Islam bersatu, barulah kita boleh mengajak orang yang tiada pegangan agama untuk bersama kita membangunkan tanah kita. Akhirnya ada juga yang memeluk Islam,” katanya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti berkenaan bersetuju untuk memastikan 30 peratus calonnya terdiri daripada golongan wanita dan belia.

“Ini telah diputuskan dalam mesyuarat dan akhirnya Majlis Syura akan mengesahkannya,” katanya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Majlis Syura Ulama akan membincangkan keutamaan menggunakan logo PAS di Kedah, Terengganu, Kelantan dan juga Selangor untuk kempen PRU15.

Beliau juga menambah, PAS komited untuk menanam sebanyak mungkin anak pokok sebagai tanda sokongan terhadap kempen hijau dan memperjuangkan isu perubahan iklim. - The Vibes, 4 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

2

Politik 1 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

3

Politik 1 bulan yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

4

Politik 2 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Sukan 11 jam yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Semasa 4 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad