web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Pembahagian Kerusi PN Selesai Dalam Masa Terdekat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 2:54PM

Tuan Ibrahim Tuan Man (tengah) bersama barisan Pemuda PAS pada Majlis Perasmian dan Persidangan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS ke-63 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pembahagian kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan selesai dalam masa terdekat selepas jawatankuasa Perundingan Kerusi PN tertubuh dan sudah bermesyuarat, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. 

“Ruang perbincangan sangat mudah, saya yakin boleh selesai dengan dua atau tiga kali perundingan, insya-Allah,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke-63 sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 di sini hari ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar Bernama
Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar Bernama

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mengulangi pendirian parti itu yang menolak untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dan perkara itu diketahui pimpinan PN namun PAS terbuka untuk berbincang dengan parti luar PN yang tidak ekstrem bagi memastikan pembangkang tidak kembali berkuasa.

“Kajian yang dibuat bahawa tiada parti yang boleh memerintah sendiri Malaysia. Kita menyedari hakikat tersebut perlunya ada gabungan terbaik dan PAS terbuka mengadakan perbincangan rundingan dengan semua parti yang tidak ekstrem dan bukan PH dan kita nak menegaskan bahawa perlunya penyatuan tersebut,” katanya.

Namun katanya jika rundingan dengan parti selain PH gagal dicapai, PN sedia berdepan dalam apa juga keputusan termasuk bertembung dengan Barisan Nasional.

Tuan Ibrahim berkata PAS tidak akan meninggalkan BERSATU dan mengenang jasa parti itu yang meletakkan PAS sebagai satu daripada parti barisan kerajaan sekarang.

“Keberadaan kita dalam kerajaan Persekutuan hasil daripada rakan-rakan kita (termasuk BERSATU) yang  keluar daripada PH. Kita menghargai betapa besarnya perjuangan dan pengorbanan mereka. Sebab itu, bagi kita apa juga muafakat politik... kita tidak boleh ketepikan rakan kita dalam BERSATU,” katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyatakan komitmen parti itu akan memberi laluan kepada 30 peratus calon muda PAS untuk menghadapi PRU15, justeru barisan Pemuda mesti bersiap sedia dalam menampilkan kepimpinan mereka. - Bernama

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad