Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


UMNO Bakal Bebaskan 'Kluster Mahkamah' Jika Menang PRU-15 - Pakar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 9:13PM

Dr Jamaie berkata padangan Azalina telah mewujudkan persepsi negatif rakyat yang ketika ini mulai goyang dengan UMNO, apabila parti itu terlalu rakus untuk menyegerakan PRU. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandangan Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memilih ‘orang mereka’ untuk menyandang portfolio Peguam Negara (AG) hanya menunjukkan kerakusan luar biasa UMNO.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil optimis cadangan tersebut pastinya akan direalisasikan UMNO sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, tindakan yang diamalkan sejak pentadbiran Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman itu seolah-olah sudah menjadi budaya parti tersebut.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

“Kita sudah tahu apa akan mereka lakukan apabila menang PRU-15. Tradisi lama pasti mereka akan lakukan iaitu pertama, melepaskan kluster mahkamah dan kemudiannya masukkan semula pemimpin pembangkang dalam penjara, didakwa dan sebagainya.

“Pada masa sama, pandangan Azalina juga membuatkan penjawat awam harus mematuhi suara orang politik seperti contoh, Naib Canselor di universiti harus mengikut arahan daripada Menteri Pendidikan,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Jamaie yang juga Pensyarah Kanan Program Sains Politik, UKM berpendapat, seharusnya gesaan daripada Azalina harus diluahkan selepas UMNO atau Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-15.

Azalina Othman Said
Azalina Othman Said

Tindakan tersebut jelasnya, mewujudkan persepsi negatif rakyat yang ketika ini mulai goyang dengan UMNO, apabila parti itu terlalu rakus untuk menyegerakan PRU dan tidak berpuas hati dengan badan kehakiman selepas Najib dipenjara.

“Ketika ini nampak rakyat mula goyang dengan kejujuran UMNO. Apabila Azalina yang faham undang-undang dan pernah menjadi Menteri bagi portfolio berkenaan mengeluarkan kenyataan sedemikian, saya lihat seolah ia satu keinginan yang ditunjukkan sebelum kemenangan memihak kepada parti itu.

“Peguam Negara merupakan penapis pertama dan perkara itu (AG sekutu) sudah berlaku pada politik negara. Pertama, mereka akan tetapkan Peguam Negara dan Hakim Negara dan ia pernah berlaku dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditetapkan bila nak dikenakan hukuman,” katanya.

Tegas Jamaie, ketika Anwar mencalonkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, kes terhadap beliau ditimbulkan dan terus dijatuhkan hukuman kurang dari tempoh dua bulan.

“Ia seolah-olah menunjukkan perkara itu direka dan dan sekarang ini mereka (UMNO) buat perancangan nak lepaskan pemimpin yang telah dimasukkan ke penjara dengan peranan Peguam Negara,” katanya.

Dr Junaidi Awang Besar
Dr Junaidi Awang Besar

Sementara itu, sorang penganalisis juga dari UKM, Dr Junaidi Awang Besar berkata, terdapat keperluan agar peranan Peguam Negara diletakkan di bawah pemantauan Dewan Rakyat.

Sekiranya dilaksanakan, menurut beliau, Ahli Parlimen dapat berbahas terhadap sesuatu keputusan yang telah dijatuhkan di mahkamah dengan sebaiknya, malah membuka ruang untuk rakyat tahu secara terperinci berkenaan kes tersebut.

“Kalau tidak dibahas di Parlimen, ia akan menjadi sulit atau hanya diketahui barisan Kabinet. Sebab itu perlu sebarang hal atau isu dibawa di Parlimen sebab rakyat dapat tahu. Sekarang ini banyak benda hendak disembunyikan. 

“Jadi, nak pastikan Peguam Negara bebas pengaruh daripada mana-mana pihak sama ada pembangkang atau kerajaan, letak ia di bawah Dewan Rakyat agar semua Ahli Parlimen dapat berbincang serta mengambil keputusan dengan cara mengundi,” katanya.

Berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Pensyarah Geografi Pilihan Raya UKM itu menegaskan, seharusnya legislatif, eksekutif serta kehakiman merupakan dasar yang tidak boleh disentuh oleh parti politik.

“Perkara ini dalam mana-mana parti politik dilakukan untuk memudahkan kerja walaupun kehakiman ini ambil masa lama. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam keadaan tiada dominan serta mungkin ada perjanjian dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar kekalkan hukuman kepada Najib.

“Pada masa sama, dengan pembentangan Bajet 2023 yang diawalkan ke 7 Oktober juga membuktikan bahawa PRU-15 semakin menghampiri,” katanya. - Getaran, 28 Ogos 2022.




 

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

Sukan 1 hari yang lalu

Lagenda Liverpool Memenangi Battle Of The Reds

oleh Manvir Victor

Sukan 1 hari yang lalu

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Pendidikan 1 hari yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza