web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Parti, Politik Tidak Ganggu Tumpuan PM Tadbir Negara

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 10:00AM

Pejabat Perdana Menteri - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin berkata isu parti dan politik tidak mengganggu tumpuan beliau dalam urusan mentadbir negara.

“Tidak, ia tidak mengganggu saya. Saya mempunyai kerja tersendiri dalam parti dan kerajaan. Anggota parti bebas menyuarakan pendapat masing-masing dan itu tidak mengalih tumpuan saya.

“Jika tumpuan saya terganggu, pastinya kita tidak akan capai pertumbuhan KDNK 8.9 peratus pada suku kedua, kita tidak akan lihat angka pengangguran menyusut daripada 4.3 kepada 3.8 peratus, dan angka nilai dagang tidak akan melepasi RM2 trilion,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian apabila ditanya sama ada pentadbirannya tidak dapat menumpukan perhatian dalam tugasan harian dan mungkin terlepas pandang cabaran yang menunggu seperti kegawatan ekonomi yang diramalkan tahun depan kerana pelbagai isu yang melibatkan parti dan kerajaan. Beliau juga ditanya sama ada beliau merasa ditekan berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh anggota partinya UMNO, termasuk presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu pilihan raya diadakan secepat mungkin.

Ismail Sabri berkata setiap anggota parti (UMNO) berhak menyuarakan pendapat masing-masing, termasuk presiden.

“Semua orang membuat kenyataan dan parti kami meraikan kepelbagaian,” katanya semasa sesi soal jawab bersama beberapa pewarta asing dan Bernama di sini.

“Saya hormati pandangan presiden parti, timbalan presiden, naib presiden serta pemimpin-pemimpin lain parti. Bagaimanapun, keputusan akhir akan dibuat oleh lima pemimpin tertinggi parti,” katanya.

Apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding bagi jawatan presiden parti memandangkan amalan UMNO adalah pemimpin tertinggi parti yang menjadi perdana menteri, Ismail Sabri menjawab tumpuan beliau sekarang adalah untuk membantu parti memenangi pilihan raya.

“Jika parti tewas, tiada gunanya bertanding dalam apa-apa jawatan. Saya akan fikirkannya apabila tiba masanya,” kata beliau.

Ismail Sabri juga menunjukkan bahawa di negara-negara lain presiden atau perdana menteri tidak semestinya ketua parti seperti yang dapat dilihat di Indonesia, di mana Joko Widodo hanya anggota biasa Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan dan presidennya ialah Megawati. Begitu juga dengan Perdana Menteri India Narendra Modi.

“Situasi ini bukan luar biasa di negara-negara lain. Mungkin ia nampak ganjil di Malaysia kerana ia kali pertama berlaku.

“Bagi saya, saya perdana menteri, saya naib presiden parti dan walaupun saya bukan presiden parti  saya tetap mahu lihat parti menang dan membentuk kerajaan.

Sementara itu, mengenai sama ada skandal rasuah besar yang terus berlaku boleh menjejaskan imej negara, beliau berkata, “benar masalah rasuah itu boleh menjejaskan imej negara jika ia berlaku berterusan. Ia juga akan menghalang pelabur asing melabur di negara ini”.

“Apa yang penting adalah tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan. Jika anda perhatikan kes-kes rasuah yang dibawa ke mahkamah, tiada siapa pun terlepas tidak kira kedudukan mereka”.

Juga, prosedur membabitkan pemerolehan terus diperketatkan untuk menghalang gejala itu daripada terus menular, katanya.

Selagi kerajaan komited dalam bertindak terhadap gejala rasuah, negara-negara lain serta pelabur akan terus berasa yakin dengan Malaysia.

Selepas skandal 1MDB yang menyaksikan kerugian hampir RM50 billion, Malaysia sekali lagi dihantui skandal rasuah mega kali ini membabitkan pembelian kapal pesisir pantai  (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia yang menyebabkan kerugian yang dianggarkan sehingga RM9 billion. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad