Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PN Melaka Yakin Menang PRU15 Walaupun Tanpa UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 8:03AM

Mohd Rafiq Naizamohideen - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Perikatan Nasional (PN) yakin mampu mencipta kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) walaupun tidak lagi bersama UMNO yang membuat ketetapan menolak hubungan kerjasama bersama komponen parti berkenaan.

Pengerusi PN Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pihaknya menghormati pendirian serta keputusan yang dibuat UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, namun ia tidak sedikit pun menjejaskan tumpuan PN yang kini mempunyai lima parti komponen.

Beliau berkata, PN mempunyai jumlah gabungan parti terbesar jika dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) yang hanya mempunyai empat parti komponen manakala tiga untuk Pakatan Harapan (PH).

"Sebagai parti gabungan terbesar yang mempunyai lima parti komponen dalam satu masa, kita percaya akan ada ramai lagi pihak yang berminat untuk menyertai PN dan satu tawaran baharu khusus buat rakyat Melaka akan disediakan.

"Kita juga yakin dengan kerjasama erat komponen PAS dan Gerakan bersama- sama, Insyaallah kita yakin PN akan mampu mentadbir Melaka ditambah dengan sokongan rakyat pada PRU-15 nanti," katanya.

Beliau  berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan juga mendapati, majoriti pengundi di Melaka memberi sokongan padu kepada kerajaan PN dibawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita telah membuat kajian sikap di bawah akar umbi dan cukuplah saya katakan bahawa sokongan amat memberangsangkan, walaupun  (peratusan sokongan) tidak boleh didedahkan," katanya.

Mengulas lanjut Mohd Rafiq berkata, pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan rakan komponen PAS dalam PN ini jelas, iaitu mahukan penyatuan dan kerjasama selain mengelak daripada berlakunya pertembungan tiga penjuru pada PRU-15.

"Kita jangkakan formula di Sabah dapat direalisasikan di Semenanjung juga supaya PN bersama parti lain yang menyokong dapat mencapai kejayaan besar pada PRU-15, tetapi UMNO sudah membuat keputusan untuk tidak bersama.

"Walaupun kita boleh memberitahu bukan sahaja PN malah rakyat Malaysia, orang Melayu secara keseluruhannya Bumiputera mengharapkan tiga parti teras Melayu Bumiputera ini bersatu atau berkerjasama dalam berhadapan PH pada PRU-15 tetapi nampaknya UMNO telah membuat ketetapan itu," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden BERSATU berkata, sekiranya kelayakan undi 18 tahun dilaksanakan pada PRU-15, pihaknya yakin ia antara faktor penyumbang kemenangan PN.

"Kita juga ada keyakinan sekiranya undi 18 tahun ini direalisasikan ianya akan memberi kelebihan kepada PN kerana segala pakej bantuan yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini tidak mengenepikan generasi muda di negara kita.

"Saya yakin majoriti mereka yang berusia 18 tahun ini sudah matang dan boleh berfikir, beri kepercayaan kepada mereka dan kita juga sudah membuat keputusan no turning back untuk ubah atau tangguh," katanya.

Ujar Mohd Rafiq, kepercayaan itu perlu diberikan kepada pimpinan muda dalam membuat pemilihan parti mana yang wajar untuk mentadbir negara. - Getaran, 5 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

2

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Politik 1 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Reman 6 Suspek Sindiket Dadah Disambung 7 Hari

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Semasa 1 hari yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos

Semasa 1 hari yang lalu

Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat

Politik 1 hari yang lalu

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

oleh Rafisqi Radhi