web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Speaker DUN Sarawak Umum ADUN Batu Lintang Ahli Bebas

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 1:01PM

See Chee How - Gambar dari Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Parti Sarawak Bersatu (PSB) hilang satu kerusi selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How mengumumkan menjadi wakil Bebas, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar.

Mohamad Asfia berkata Chee How telah menghantar sepucuk surat kepadanya pada Jumaat lepas (12 Ogos), yang memaklumkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli PSB berkuat kuasa serta-merta tanpa menyatakan sebarang alasan.

Menurut beliau keputusan Chee How itu menjadikan PSB kini tinggal tiga kerusi, manakala DAP kekal dua, Gabungan Parti Sarawak (76 kerusi) dan Bebas (satu kerusi).

“Dalam surat itu, beliau (See) tidak menerangkan mengenai alasan meletakkan jawatan dalam parti itu. Kita terima (keputusannya) dan kita akan susun semula barisan pembangkang (dalam DUN).

“Dia tak melompat (parti) dari PSB ke parti lain tetapi dia hanya meletak jawatan (dalam PSB dan bergerak) sebagai (wakil) Bebas,” katanya dalam sidang media di bangunan DUN hari ini.

Mohamad Asfia berkata menerusi surat itu, ADUN Batu Lintang berkenaan memaklumkan beliau akan kekal berkhidmat untuk penduduk kawasannya dan semua rakyat Sarawak meskipun bergerak sebagai wakil rakyat Bebas.

Menyifatkan wakil rakyat itu sebagai disenangi, bijaksana dan cekap, Mohamad Asfia yakin Chee How yang merupakan ahli Jawatankuasa Perundingan dalam menasihati Dewan berhubung Perjanjian Malaysia 1963, dapat terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ADUN dengan baik.

Dalam pada itu, Mohamad Asfia berkata persidangan ketiga DUN negeri itu dijangka berlangsung pada November ini.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak lepas, Chee How mempertahankan kerusi N11 Batu Lintang selepas memperoleh 4,420 undi menewaskan calon GPS, Sih Hua Tong yang memperoleh 4,327 undi, Cherishe Ng (PKR) 1,823 undi, Voon Lee Shan Parti Bumi Kenyalang (PBK) 1,570 undi dan Alex Leong Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) 187 undi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 4 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 3 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran