web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Tak Boleh Terlalu Berharap Dengan MCA, MIC

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 10:34PM

Nur Jazlan berkata UMNO perlu melakukan perubahan dengan segera dalam usaha memenangi hati pengundi pada PRU-15 ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO tidak boleh lagi terlalu mengharapkan parti-komponen Barisan Nasional (BN) lain iaitu MCA dan MIC untuk memberikan sumbangan besar kepada gabungan politik berkenaan pada Pilihan Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, di sebalik reformasi yang kononnya sudah dilakukan dua parti itu, pengundi bukan Melayu masih tidak dilihat kembali ‘berduyun-duyun’ menyokong mereka atau BN. 

Malah menurutnya, kesemua calon kedua-dua parti terbabit juga dikatakan masih 80 peratus bergantung kepada pengundi UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor. 

“Adalah mustahil untuk MCA dan MIC melakukan perubahan drastik menjelang PRU-15 ini. Sebab itulah sebaiknya UMNO perlu berubah segera supaya parti teras BN itu mampu menjamin kemenangan kelak.

“Kewujudan MCA dan MIC yang amat bergantung kepada UMNO mungkin akan hilang ditelan masa depan kerana tak lagi relevan,” katanya.

Nur Jazlan Mohamed
Nur Jazlan Mohamed

Beliau dengan sinis turut menegaskan, UMNO akan 'mati' di hati orang muda dalam tempoh 10 tahun lagi jika parti Melayu itu tidak berani berubah.

Ketua UMNO Bahagian Pulai itu berkata, ini adalah realiti nasib UMNO pada PRU-16 jika parti tersebut masih dibuai dengan cara pemikiran lama. 

Hakikatnya jelas Nur Jazlan, dunia dan landskap politik sudah banyak berubah.

“Pengundi muda bakal mendominasi citarasa atau pilihan selepas PRU-15 dan bermula PRU-16 pula, pengundi matang UMNO hanya tinggal berapa kerat sahaja lagi. 

“Oleh itu UMNO kena lakukan perubahan daripada sekarang. Buat peremajaan bermula dari PRU-15 ini. Masih belum terlambat untuk perubahan dilakukan jika kita bertindak segera,” katanya. 

Mengulas lanjut beliau berkata, dianggarkan lebih empat juta pengundi berusia 18 tahun sudah didaftarkan secara automatik pada PRU-15. 

Kumpulan tersebut ujarnya, bakal menjadi suara baharu dan mendominasi siri pilihan raya umum akan datang.

“Jika UMNO ingin memenangi hati pengundi muda dan baharu tersebut, UMNO perlu melaksanakan perubahan dari pelbagai aspek,” katanya.

Langkah itu jelasnya, merangkumi perubahan dari aspek pemikiran,  pendekatan, kepimpinan dan barisan calon PRU-15.

“Adakah kita hanya nak lihat saja parti lain seperti DAP, PKR dan MUDA mempengaruhi golongan muda ini, tanpa UMNO sendiri tak melakukan usaha ke arah itu? 

“UMNO tak boleh lagi terlalu bergantung harap kepada pengundi-pengundi matang sedia ada sahaja sedangkan peluang untuk meraih sokongan pengundi 18 tahun terbuka luas,” katanya. - Getaran, 10 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad