web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penafian Polis Isu 'Troll Farm' Lemah, Tak Meyakinkan - Kit Siang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 1:20PM

Lit Kit Siang mendesak agar satu siasatan secara terbuka diketuai seorang mantan hakim dijalankan untuk menyiasat tuduhan serius oleh Meta Platform Incorporated - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang menyifatkan penafian Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan mengaitkan agensi tersebut dengan 'troll farm' di internet baru-baru ini sebagai lemah dan tidak meyakinkan.

Justeru, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendesak agar satu siasatan secara terbuka diketuai seorang mantan hakim dijalankan untuk menyiasat tuduhan serius oleh Meta Platform Incorporated.

"Kenyataan Setiausaha Polis, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin yang mengatakan pihaknya memandang serius dakwaan ini dan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai perkara ini adalah tidak mencukupi.

"Pihak polis perlu menyatakan sama ada mereka akan memberi kerjasama kepada satu siasatan terbuka yang diketuai oleh seorang hakim atau mantan hakim ke atas tuduhan oleh Meta," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kit Siang menambah, dalam siasatan berkenaan, Meta sewajarnya dijemput untuk mendedahkan semua bukti yang mereka ada berhubung tuduhan serius itu.

“Kita perlu memastikan era maklumat di Malaysia tidak merosot sehingga menimbulkan kekeliruan.

"Menjadi satu salah guna kepercayaan rakyat sekiranya kerajaan atau mana-mana badan kerajaan terlibat dalam satu kempen mengelirukan sebegini," katanya.

Terdahulu, Meta melalui Quarterly Adversarial Threat Report menyatakan bahawa sejumlah 596 akaun, 180 laman ‘Pages’ dan 11 ‘Group’ telah dipadam dari Facebook sementara 72 akaun ditutup dari Instagram kerana didapati menjadi sebahagian daripada jaringan itu.

Laporan itu mendakwa rangkaian sosial media terbabit berasal dari Malaysia dan menjadikan audiens domestik di dalam negara sebagai sasaran.

Rangkaian itu dipercayai aktif di platform media sosial, termasuk Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram, dan menghantar meme dalam bahasa Melayu untuk menyokong gabungan kerajaan semasa, selain dakwaan serta kritikan mengenai rasuah.

Susulan daripada itu, PDRM pada Sabtu tampil menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa badan penguat kuasa itu sama sekali tidak terlibat sebagaimana dilaporkan.

Noorsiah turut memaklumkan pihaknya sedang mengumpulkan maklumat mengenai perkara tersebut. - Getaran, 8 Ogos 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad