web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15 Sebulan Dua Lagi, Undi ‘B Untuk Bijaksana’ - Saravanan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 7:02PM

M Saravanan - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menggesa rakyat khususnya penjawat awam membuat pilihan bijak dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Gesaan tersebut dibuat Saravanan susulan jangkaan beliau bahawa PRU-15 mungkin akan diadakan dalam tempoh sebulan dua lagi.

“Mungkin tak lama lagi, boleh jadi sebulan dua. Apabila sampai masa nanti, buatlah pilihan B iaitu bijaksana,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap di hadapan 441 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KSM di Putrajaya.

Menurut Timbalan Presiden MIC itu, sejarah membuktikan apabila rakyat membuat pilihan tidak betul pada PRU, penjawat awam menjadi mangsanya.

“Saya harap dan merayu kepada tuan-tuan tinggalkanlah ideologi politik individu serta fikirlah yang terbaik apa kelebihan,” katanya.

Saravanan berkata, pilihan terbaik perlu dibuat oleh rakyat bagi menjamin kestabilan politik seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

“Yang terbaik itu memberikan kestabilan politik yang berterusan untuk anak-anak,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua ahli Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpin agar tidak menyerang antara satu sama lain sehingga merugikan parti kerana PRU kini menghampiri.

Menurutnya, beliau akur dengan keputusan parti untuk tidak melanjutkan memorandum persefahaman (MoU) antara Putrajaya dan Pakatan Harapan (PH).

Pada 14 April lalu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah memutuskan MoU tersebut tidak akan dilanjutkan selepas 31 Julai.

Bagaimanapun kelmarin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan MoU antara PH dan kerajaan kekal berkuat kuasa selepas 31 Julai.

Jelas beliau, hanya klausa larangan pembubaran Dewan Rakyat sebelum 31 Julai bagi membenarkan PRU-15 diadakan akan tamat secara automatik. - Getaran, 2 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

MCA Adakan AGM Secara Tertutup Tahun Ini

2

Politik 3 tahun yang lalu

Pengundi Awal Parlimen Padang Serai, DUN Tioman Tunai Tanggungjawab Esok

3

Politik 3 tahun yang lalu

PH Tidak Letak Syarat Bentuk Kerajaan Negeri - Wan Rosdy

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Che’Gu Bard Dipanggil Polis Bantu Siasatan Hantaran FB

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad