web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Bukan Pendendam, Tidak Akan Gugur Pengkritik Sebagai Calon - Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 2:44PM

Ahmad Zahid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, keputusannya memilih calon untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak dipengaruhi tindakan ahli parti yang menentangnya kerana beliau bukan pendendam.

Beliau berkata, ia terbukti melalui pilihan raya negeri (PRN) di Melaka dan Johor baru-baru, apabila individu yang lantang mengkritiknya, masih dipilih bertanding di situ.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengingatkan pengkritiknya bahawa tindakan mereka tidak akan dilupakan.

“Saya bukan seorang yang akan berdendam.

“Dalam pilihan raya Melaka sebelum ini, terdapat beberapa individu menulis dan berucap mengenai perkara yang menyentuh peribadi, tetapi masih dipilih sebagai calon. Perkara sama berlaku di Johor.

“Jadi, saya bukanlah seorang yang suka berdendam. (Bagaimanapun), saya sentiasa memaafkan, tetapi tidak akan lupa,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Puteri Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya sama ada ahli UMNO, termasuk penyandang kerusi dari parti itu akan digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang kerana tidak sealiran dengan beliau.

Walaupun nama individu terbabit tidak disebut, beberapa ahli UMNO yang dilihat sehaluan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikatakan sebagai mereka yang lantang mengkritik Ahmad Zahid.

Paling ketara adalah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang membidas Ahmad Zahid berhubung beberapa isu ketika sidang akhbar bulan lepas, selain menggesa beliau berundur daripada jawatan pemimpin nombor satu UMNO itu.

Mengulas mengenai pemilihan calon bakal dibuat untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Ahmad Zahid menegaskan, pendiriannya berhubung perkara itu adalah bekas ahli yang berpaling tadah daripada parti selepas PRU 2018 tidak akan dibenarkan bertanding semula.

“Kirim salam (sampaikan salam saya) dan minta maaf banyak-banyak,” katanya.

Zahid sebaliknya berkata, UMNO dan BN akan mengambil pendekatan sama terhadap pilihan raya di Melaka serta Johor dengan meletakkan lebih ramai muka baharu yang dianggap formula membuahkan hasil apabila gabungan itu memenangi majoriti dua pertiga di kedua-dua negeri.

Ditanya mengenai jumlah calon muka baharu dijangka diketengahkan kali ini, beliau hanya mengatakan ‘acuan kami akan berdasarkan PRN Johor dan Melaka.

Bagi rekod, 87 peratus calon BN di Melaka adalah muka baharu, manakala di Johor, 73 peratus.

Ahmad Zahid berkata, jumlah sebenar PRU-15 akan ditentukan dalam masa terdekat, selepas perkara itu dibincangkan dengan pemimpin parti komponen lain. - The Vibes, 31 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 3 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 3 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

4

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad