web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Macam Gila Talak Dengan MN, UMNO, ‘Move On Lah’ - Nur Jazlan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 5:32PM

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS disifatkan sebagai gila talak apabila masih mahu meneruskan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) biarpun keputusan muktamad sudah dibuat oleh UMNO untuk menolak mereka.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, UMNO sudah lama ‘move on’ dari mengenangkan sejarah kerjasama yang separuh jalan itu.

Malah katanya, UMNO sudah tiada masa memikirkan mengenai kerjasama tersebut yang jelas gagal direalisasikan.

“Nampaknya Tan Sri Abdul Hadi Awang (Presiden) dan PAS macam gila talak dengan MN dan UMNO. Hadi mungkin masih termimpi-mimpikan bayangan wajah pemimpin UMNO dalam tidurnya.

“Dulu PAS yang tergila-gilakan UMNO sampai Hadi merayu kepada Zahid untuk adakan hubungan dan mahu menubuhkan satu kerjasama politik kononnya atas nama perpaduan ummah.

“Bila UMNO dah setuju, lama-lama PAS buat hal. Lepas tu PAS masih tak dapat melupakan MN biarpun mereka sendiri yang mengkhianati hubungan itu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Jelas Nur Jazlan, bukan setakat dasar dalaman UMNO dan PAS gagal mencapai kata sepakat, dasar luar negara mereka turut bercanggah.

“Macam dalam isu pendirian terhadap hubungan terkini Arab Saudi dan Israel yang semakin rapat serta dipimpin oleh Amerika Syarikat (AS).

“PAS melalui Duta Khas Ke Timur Tengah yang didakwa condong kepada Iran pun masih berdiam diri. Jadi, bagaimana nasib penduduk Palestin selepas ini?” soalnya.

Menurut beliau, PAS pernah dua kali ‘meminang’ UMNO semasa kedua-dua parti tersebut menjadi pembangkang dan ketika itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang gah sebagai kerajaan dalam Pakatan Harapan (PH).

“Tapi bila UMNO bantu Muhyiddin jadi Perdana Menteri, dia pula galak beli pemimpin PAS dengan beri pelbagai jawatan sampai PAS lupa diri dan ceraikan UMNO dengan talak tiga.

“Tapi sekarang bila PAS terumbang-ambing, PAS cari balik UMNO. Saya pun pelik, kenapa Hadi dan PAS sebut pasal MN. Bukankah mereka sudah berbahagia selama ini dengan BERSATU dan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Nur Jazlan berkata, hubungan mesra dan erat antara PAS dan BERSATU juga menjadi punca Abdul Hadi sanggup mengkhianati dan berlaku curang dengan MN.

“Mungkin juga hubungan PAS dan BERSATU sudah retak dalam PN sebab BERSATU banyak membelakangkan PAS dalam banyak hal. Sebab itulah Hadi kembali 'rindu' pada MN dan UMNO.

“Mungkin Hadi mahu menjalinkan kembali hubungan PAS dan UMNO yang terputus di tengah jalan. Semua orang tahu PAS kini semakin terkial-kial nak kekal relevan dalam lanskap politik negara,” katanya.

Ujarnya lagi, selepas ditolak rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, PAS semakin bercelaru.

“BERSATU juga mereka nampak sudah terlalu lemah dan berpecah. Lagi satu, PAS paling takut bila berlaku penolakan kuat dari UMNO Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam hal MN ini.

“Mereka resah gelisah sebab nanti mereka bimbang akan hilang kuasa di tiga negeri yang dikuasai sekarang. Biarpun MB Kedah pernah sebut yang PAS nak perintah sendirian di negeri itu dan kemudian mereka kena hentam dengan BERSATU,” katanya.

Justeru beliau menasihati PAS terutamanya Abdul Hadi supaya berhenti mengungkit kisah dan kenangan lama antara mereka.

“Janganlah diseret ahli PAS sekali dalam sandiwara politik murahan pemimpin mereka. Orang dah tak ingin, janganlah duduk terhegeh-hegeh lagi. Move on lah, mulakan hidup baru sebagai 'janda' yang dah expired.

“Untuk apa PAS nak merayu-rayu dan sebut-sebut lagi pasal MN ini. Sudah banyak onar yang PAS buat selama ini. Jadi PAS kena beri satu penjelasan yang konkrit dan memuaskan hati kepada UMNO mengapa MN perlu diteruskan.

“Ini pun kalau UMNO nak dengar penjelasan PAS. Tapi tak mungkinlah sebab bukan seorang saja yang sudah tak mahukan MN, tapi seluruh ahli UMNO dan pemimpinnya sudah letak full stop pada MN,” katanya. - Getaran, 29 Julai 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95