web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelantikan Tanggungjawab Besar, Perlukan Kerjasama Parti - Nurul Izzah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 4:07PM

Nurul Izzah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR yang baharu dilantik, Nurul Izzah Anwar menyifatkan kepercayaan diberikan kepadanya merupakan tanggungjawab besar yang akan diambil serius.

Katanya, mandat itu memerlukan kerjasama holistik semua pihak dalam parti, khususnya di peringkat akar umbi.

Beliau yang dilantik sebagai Naib Presiden PKR malam tadi berkata, ini adalah masa untuk menggalas peranan membawa Malaysia ke tahap lebih baik, di kala ekonomi negara semakin menekan dan paluan gendang pilihan raya terus berkumandang.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Parti Keadilan Rakyat di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Pastinya, ini adalah tanggungjawab besar yang diambil secara serius, dan memerlukan kerjasama dalam dan luar parti,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Hantaran tersebut dipercayai sebagai respon beliau selepas dilantik semula ke jawatan Naib Presiden yang diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik selesai mesyurat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), malam tadi.

Bagaimanapun Nurul Izzah berkata, kedudukan dalam parti bukanlah satu kemestian untuk menggubal perubahan positif.

“Ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dan mendewasakan apabila diberi peluang untuk bekerja bersama komuniti dalam apa jua kapasiti.

“Penduduk Permatang Pauh, Lembah Pantai dan seluruh Malaysia telah mengajar saya tentang keperluan untuk meneruskan usaha dan memberi kesan positif kepada keluarga serta isi rumah yang terjejas,” katanya.

Nurul Izzah mengulas lanjut, perubahan politik membentuk dasar yang membawa kesan dan khidmat terbaik kepada negara, justeru semua pihak perlu bekerja keras bagi memastikan pelaksanaan semua dasar yang berkesan serta berasaskan bukti.

“Ini termasuk isi rumah kalis bencana, perlindungan sosial menyeluruh bagi melindungi golongan rentan dan mengarus perdanakan pendidikan TVET agar mampu menawarkan peluang kerjaya yang bermaruah.

“Inilah yang akan membawa kita keluar daripada kemelut ekonomi dan menuju masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia. Insya Allah,” katanya. - Getaran, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 6 bulan yang lalu

RPM 2026-2035 Perlu Pelaksanaan Menyeluruh, Libat Urus Semua Pihak - Nurul Izzah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

POLITY Sambut Baik Pelancaran WPS, Iktiraf Peranan Besar Wanita

3

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad