web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Salahkan Mangsa Rogol Diselar, Sila Hentikan Berbuat Demikian!

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 6:33PM

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengkritik ahli-ahli parlimen yang menyalahkan mangsa rogol kerana pemakaian atau tindakan mereka - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengkritik ahli-ahli parlimen yang menyalahkan mangsa rogol kerana pemakaian atau tindakan mereka.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini bagi membahaskan Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual 2021, Fuziah menegaskan, ahli-ahli parlimen perlu berhenti daripada berbuat demikian, selepas beberapa pembahas membangkitkan isu pemakaian dan tingkah laku yang dikatakan menggoda.

Beliau seterusnya memetik beberapa kes rogol yang keterlaluan di negara ini dan bertanya sama ada mangsa dan haiwan yang telibat bertindak secara provokatif untuk mengundang jenayah tersebut berlaku.

“Nenek berusia 74 tahun dirogol. Kanak-kanak berumur lima tahun juga dirogol, dan remaja lelaki dirogol. Malah, kambing pun dirogol, dirogol hingga mati.

“Adakah kita bertanya sama ada mereka seksi? Bagi saya, ini adalah hujah yang tidak rasional dan sama sekali tidak menggambarkan bahawa kita mempertahankan hak rakyat,” katanya.

Terdahulu dalam perbahasannya, Fuziah mengambil contoh pameran di Brussels, Belgium pada 2018 yang memaparkan pakaian mangsa rogol.

Pameran yang bertajuk 'Adakah Saya Bersalah?' itu bertujuan untuk menonjolkan keganasan seksual, tambahnya.

“Terdapat pakaian dikenakan kanak-kanak berusia lima tahun dengan tulisan My Little Pony. Terdapat pakaian seragam, pakaian sukan, malah ada yang memakai kemeja-T.

“Ini semua pakaian yang dipakai mangsa rogol. Adakah kita mengatakan bahawa mereka mengundangnya?” soalnya. – The Vibes, 20 Julai 2022

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad