web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bergaduh Lagi? Tidak Boleh Jadi Calon - Anwar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 3:08PM

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan saf kepimpinan kekal utuh, bersatu, inklusif dan merangkul semua kekuatan parti sebagai gerakan rakyat - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Semua pemimpin dan ahli akar umbi PKR diberi amaran agar menghentikan segera sebarang pertelingkahan dalaman, demi menjaga keutuhan dan kestabilan parti.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka yang didapati terus berbuat demikian tidak akan dipilih sebagai calon untuk pilihan raya umum akan datang.

Sebagai presiden tegasnya, beliau juga akan memastikan saf kepimpinan kekal utuh, bersatu, inklusif dan merangkul semua kekuatan parti sebagai gerakan rakyat.

"Saya selaku Presiden tidak akan maafkan saudara di ranting, cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) atau Wanita yang memilih untuk meneruskan persaingan sebelum pemilihan parti. 

"Kalau (persaingan ini) terus berlaku begitu, dijamin takkan ada watikah yang akan disampaikan pada saudara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Meskipun tidak menamakan mana-mana pihak, Anwar dipercayai menujukan amaran itu kepada pemimpin dan ahli parti yang bertelingkah susulan keputusan pemilihan parti sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengingatkan ahli parti untuk menjaga idealisme agar tidak terhakis dek terpukau dengan kilauan kuasa dan harta.

"Ada orang yang dahulunya reformis bersama kita tetapi bila diberikan sedikit ujian, kuasa dan harta, kilauan itu mengaburi mata mereka, (maka) terhakis idealisme dan berlaku keputusan politik berdasarkan 'janji mereka ke depan'.

"Saudara kena ingat, kita harus ada kekuatan, kesabaran dan sikap dan semangat kasih sayang. Parti tidak ditegakkan (oleh) kebencian dan permusuhan," katanya. - Getaran, 16 Julai 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad