web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BERSATU, PAS Kukuh Kerjasama Hadapi PRU15, Tolak Penjajaran Baharu Tubuhkan Kerajaan

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2021 5:23PM

Hamzah Zainudin - Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - BERSATU dan PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN), bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menolak bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15.

Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan bersama hari ini memaklumkan, perkara itu antara yang dipersetujui dalam pertemuan antara kepimpinan tertinggi kedua-dua parti itu semalam, bertujuan merangka hala tuju kerjasama dalam PN.

“BERSATU dan PAS bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15, terutama yang melibatkan PH dan sekutunya.

“Bersatu dan PAS, selaku antara parti pengasas utama PN, akan menubuhkan satu Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat pusat, bagi merangka strategi dan hala tuju parti khusus bagi menghadapi PRU-15, termasuk rundingan pengagihan kerusi,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyatakan, segala keputusan yang dicapai jawatankuasa itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN, untuk dimuktamadkan secara kolektif dalam kalangan parti-parti komponen.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa pertemuan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, turut bersetuju menolak sebarang usaha merungkai perpaduan yang sedia terjalin, dan sebarang percubaan menggugat kerajaan PN yang dibina bersama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar