web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malapetaka Besar Bakal Berlaku Jika PN Terus Berkuasa - Saifuddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 10:53AM

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kongres PKR tahun ini bertekad untuk memperkukuh parti, memperkuat jentera Pakatan Harapan (PH) serta menjana seluruh kekuatan baharu untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti tersebut memasuki PRU-15 dengan satu matlamat jelas untuk menang dan memimpin kerajaan yang baharu demi untuk menyelamatkan rakyat dan negara.

Beliau berkata, tindakan membiarkan kerajaan sedia ada terus berkuasa, biarpun hanya sepenggal dan menunggu PRU-16 untuk mengambil alih kerajaan adalah satu malapetaka besar, dan kerosakan itu tidak boleh 'diubat' lagi.

Menurutnya, kewajipan ahli parti kini adalah untuk bersiap sedia dengan semua ramuan serta prasyarat bagi menjamin kemenangan.

"Ini kongres sebelum PRU. Kepimpinan baharu juga akan ambil tempat galas amanah selesainya kongres ini. Kongres ini diadakan dengan berlatarbelakangkan keadaan negara tidak menentu, dari segi politik masih tak wujud kestabilan dan dari segi ekonomi masih tenat. 

"Kehidupan rakyat terus tertekan. Inflasi mencanak dan kos sara hidup makin tinggi. Di tengah suasana ini, PKR adakan kongres tahunan dengan bawa tekad untuk terus kukuhkan parti dan kuatkan PH serta menjana seluruh kekuatan baharu untuk memasuki PRU-15,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PH iaitu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Presiden  Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Saifuddin berkata, perjuangan ketika PRU harus bersandarkan matlamat yang jelas, iaitu menang dan memimpin kerajaan baharu demi menyelamatkan rakyat serta negara.

“Masuk PRU-15 untuk menang dan pimpin kerajaan baru untuk menang dan bukan untuk menjadi pembangkang," katanya.

Kongres tahun ini turut mendapat liputan kira-kira 250 agensi media tempatan dan antarabangsa dan menerima sebanyak 17 tetamu kedutaan asing. - Getaran, 16 Julai 2022


 

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad