web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Perlu Jelaskan Isu Aset Negara Dirampas Secara Langsung di TV

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 5:23PM

Lim Lip Eng - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa tampil secara langsung di kaca televisyen bagi menjelaskan bagaimana aset negara di bawah PETRONAS telah dirampas di Luxembourg oleh pihak yang mendakwa diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, laporan berhubung perkara tersebut telah sekali lagi meletakkan Malaysia di tengah-tengah perhatian antarabangsa untuk sebab yang salah, selepas kes penipuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini.

“Perdana Menteri juga bertanggungjawab memaklumkan kepada kita semua langkah perlu diambil oleh kerajaan untuk melindungi aset kita yang lain di luar negara daripada dirampas.

“Rakyat berminat untuk mengetahui sama ada aset Malaysia lain di 167 negara yang menandatangani Konvensyen New York sedang dalam proses untuk diambil alih oleh waris Kesultanan Sulu,” katanya hari ini.

Waris Kesultanan Sulu baru-baru ini dilaporkan merampas dua anak syarikat milik PETRONAS yang diperbadankan di Luxemborg, selepas terlebih dahulu menuntut AS$14.92 (RM62.59 bilion) dari Malaysia.

 Menurut laporan Financial Times yang berpangkalan di London, pasukan peguam penuntut merampas PETRONAS Azerbaijan (Shah Deniz) dan PETRONAS South Caucasus yang dianggarkan bernilai AS$2 bilion (RM8.9 bilion).

Mengulas lanjut, Lip Eng yang juga Pengerusi Biro Aduan Kebangsaan DAP menambah, pelabur dan pasaran kewangan akan hilang keyakinan terhadap negara jika Ismail Sabri tidak dapat memberi penjelasan yang munasabah, memandangkan jumlah dituntut oleh waris Kesultanan Sulu itu berjumlah AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).

Pada 1 Mac tahun ini, beliau menjelaskan, kerajaan telah pun diberi amaran tentang risiko rampasan aset negara di 167 negara.

“Apakah yang dilakukan oleh Ismail Sabri dan menteri Kabinet untuk menghalangnya?

“Siapa yang akan bertanggungjawab untuk wang tersebut dan meletakkan jawatan?” soalnya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan tindakan kerajaan bagi menangani isu berkenaan.

Beliau memberitahu, tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan memandangkan isu terbabit telah mencemarkan kedaulatan negara.

“Mengapa tidak ada injunksi atau perintah sekatan difailkan terhadap pewaris kesultanan Sulu yang dikatakan melakukan tindakan undang-undang tidak berasas?

“Apa yang telah dilakukan Peguam Negara dan kerajaan setelah perintah timbang tara diperoleh?

“Apakah yang telah dilakukan untuk mengetepikan perintah timbang tara itu?

“Sekiranya ia dibiarkan, satu lagi aset negara akan hilang dan ia juga jelas mencemarkan kedaulatan negara,” katanya. - Getaran, 13 Julai 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad