web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bicara Soal Janji, Asyraf Wajdi Ingatkan Wan Saiful Janji Manifesto PH

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 2:51PM

Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan ditulis oleh Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu sebelum ini.

Tegas beliau, sewajarnya Wan Saiful lebih memberi perhatian kepada manifesto berkenaan berbanding menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri segera menunaikan janji melantik Timbalan Perdana Menteri.

“Beliau lupa dulu waktu tulis manifesto, janji macam-macam pada rakyat, tapi akhirnya tipu rakyat bahkan boleh pula mengaku manifesto bukan kitab suci.

“Sedikit pun tidak rasa malu pada rakyat, sanggup pula pegang jawatan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), walhal janji PTPTN pun tipu rakyat. Hari ini ada hati (pula) bicara soal ‘janji’,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Wan Saiful sebelum ini menggesa Perdana Menteri membuktikan bahawa beliau berbeza dari Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal integriti, dengan segera menunaikan janji yang pernah dimeterai bersama pihak lain, termasuk berhubung isu pelantikan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata, Ismail Sabri dikenali sebagai seorang pemimpin yang bersih dan memiliki integriti.

“Perdana Menteri dilihat sama sekali berbeza dengan dua pemimpin itu, justeru perkara berkenaan perlu dibuktikan kepada semua pihak,” katanya.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi secara sinis berkata, Wan Saiful berkemungkinan terdesak ingin menjadi menteri selepas meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PTPTN, hingga bertindak mengugut Perdana Menteri menunaikan janji untuk memenuhi tuntutan BERSATU bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri.

Sehubungan itu, beliau meminta Ismail Sabri tidak melayani kerenah BERSATU, lebih-lebih lagi apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui tiada perjanjian seumpamanya pernah dimeterai.

Bahkan tambah Asyraf Wajdi, Perdana Menteri sendiri tidak pernah memaklumkan kepada kepimpinan parti dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kewujudan sebarang bentuk perjanjian.

Selaku Naib Presiden Kanan UMNO, ujarnya, Perdana Menteri lebih bijaksana dan mengetahui hakikat bahawa sebarang perjanjian dengan pihak lain mesti dirujuk kepada parti.

“Lagipun edah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sudah pun tiba. Jika ikhlas mahu stabilkan dan selesaikan masalah ekonomi yang membelenggu rakyat ketika ini, kembalikan mandat kepada rakyat.

“Biarlah rakyat buat ketetapan kerajaan sebenar yang menjadi pilihan mereka, bukannya kerajaan campuran atau hibrid seperti hari ini dengan karenah ugut-mengugut soal jawatan yang hakikatnya bukan daripada mandat rakyat,” katanya. - Getaran, 13 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

2

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

3

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

4

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar