web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Asyraf Wajdi Jangan Jadi 'Bacul', Desak Semula Ahmad Zahid Bercuti 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 7:23PM

Wan Ahmad Fayhsal mencabar Asyraf Wajdi supaya mendesak Ahmad Zahid agar bercuti seketika daripada menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO sehingga kesnya di mahkamah selesai. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki digesa mendesak Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak 'bermain tarik tali' dalam menyelesaikan kesnya di mahkamah. 

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan agar kestabilan politik mampu dicapai seperti yang pernah dilakukan Pemuda UMNO selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). 

Menurut beliau, Asyraf Wajdi dicabar untuk mendesak semula Ahmad Zahid agar bercuti dan berehat buat seketika daripada menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO bagi memberi laluan kesnya diselesaikan di mahkamah.

"Tiga tahun lepas, Asyraf Wajdi pernah mendesak Presiden UMNO berehat seketika daripada menjalankan tugas sebagai Presiden parti sehingga kesnya selesai di mahkamah. Setahu kami, sehingga kini, perbicaraan semua kes Ahmad Zahid yang ‘dikasihi’ itu masih berlangsung. 

"Oleh itu kami nak tanya, adakah Dr Asyraf sekali lagi akan mendesak Presiden UMNO yang beliau sayangi itu agar berehat sehingga kesnya selesai atau sekarang dah tak perlu? Apa sebabnya? Jawablah! Kamu kata #BeraniKeranaBenar tapi mana keberanian pahlawan kamu yang mengalir darah Ulama’ hebat Tok Selehor yang bermaruah! 

"Kamu belajar agama sampai PhD tapi takkan buta hati pasal kes dan skandal kleptokrasi paling durjana di dunia sehingga sanggup dijadikan bidak catur mereka," katanya, keras. 

Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Pemuda UMNO pada 2018 pernah menggesa Ahmad Zahid untuk menimbang kemungkinan bercuti dan berehat buat seketika daripada menjalankan tugas sebagai Presiden parti sehingga kesnya selesai di mahkamah.

Asyraf Wajdi berkata, gesaan itu adalah bagi memberi peluang kepada Ahmad Zahid yang berdepan 45 tuduhan rasuah dan pecah amanah, untuk menumpukan kepada usaha membersihkan namanya di mahkamah.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga sebelum itu berpandangan Ahmad Zahid mungkin perlu bercuti selepas berdepan 45 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal turut mempersoalkan apakah jaminan kukuh daripada UMNO, untuk memastikan tiada pergolakan politik akan berlaku seperti di Melaka dan Johor sekiranya menjadi parti dominan dalam mentadbir kerajaan persekutuan. 

Pada masa sama, UMNO seharusnya membuktikan jaminan agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15, dan tidak berlaku suasana 'tikam belakang' seperti yang berlaku kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad. 

"Kamu (Asyraf Wajdi) percaya dengan Presiden UMNO yang telah berkali-kali menipu parti walaupun diratib “NO ANWAR, NO DAP”. 

"Tetapi dia (Ahmad Zahid) dan #BossKamu (Datuk Seri Najib Razak) yang gatal tangan menyokong akaun bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong dengan menaikkan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9 seperti didedahkan Ahli Parlimen Pasir Salak. 

"Kalau benar kamu jujur mahu kestabilan, kamu patut desak selesaikan kes mahkamah pemimpin utama kamu dahulu agar dia tidak menipu Ismail Sabri, ahli UMNO dan rakyat yang kononnya semua telah benar-benar selesai," katanya. 

Jelas Timbalan Menteri Perpaduan itu, Asyraf Wajdi tidak seharusnya membongkar jawapan kepada pihaknya tentang keperibadian dan keboleh percayaan janji yang telah diungkapkan oleh Ahmad Zahid. 

"Kami berpegang dengan peringatan Rasulullah seperti dalam Riwayat al-Bukhari 6133 dan Muslim 63 yang bermaksud tidak sepatutnya seorang yang beriman, disengat sebanyak dua kali dari satu lubang (yang sama)," katanya. - Getaran, 12 Julai 2022.








 

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad