web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar, KJ Pemimpin Terbaik - Mohammad Agus

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 5:00PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin terbaik untuk mengendalikan negara ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata penganalisis politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Beliau berkata, Anwar dipilih kerana Ketua Pembangkang itu berpengalaman, 'bernyawa' dengan denyut nadi rakyat dan mempunyai jiwa reformasi. 

"Saya yakin beliau boleh membawa Malaysia ke arah kecemerlangan dan berintegriti sehingga Malaysia kembali mendapat perhatian masyarakat dunia," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau menegaskan, Malaysia perlu mempunyai pemimpin yang hebat jika mahu lebih maju. 

Dr Mohammad Agus Yusoff
Dr Mohammad Agus Yusoff

Mohammad Agus berkata, sekiranya ditanya siapa pilihan terbaik dari UMNO untuk mengendalikan negara, tanpa ragu beliau akan memilih Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

"Khairy berani, tegas dengan pandangannya, artikulatif, cerdik, dan berwibawa untuk mewakili negara di persada antarabangsa," katanya.

Mohammad Agus menyifatkan Khairy Jamaluddin sebagai pilihan terbaik dari UMNO untuk mengendalikan negara. - Gambar oleh Sairien Nafis
Mohammad Agus menyifatkan Khairy Jamaluddin sebagai pilihan terbaik dari UMNO untuk mengendalikan negara. - Gambar oleh Sairien Nafis

Bercakap berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dikatakan semakin hampir, Mohammad Agus berpendapat, BN mempunyai kelebihan kerana kuasa penyandang (incumbent) manakala parti pembangkang dilihat berada dalam keadaan keliru antara keperluan strategi khemah besar atau sebaliknya.

"Saya menolak khemah besar. Parti politik yang kuat di Malaysia cuma UMNO, PAS, PKR dan DAP sahaja. Parti-parti lain kecil, tidak ada akar umbi yang kuat dan bukan bersifat parti seluruh negara (nation-wide parties)," katanya.

Mohamad Agus berkata hanya 2 gabungan parti sahaja diharapkan bersaing iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). - Gambar oleh Syeda Imran
Mohamad Agus berkata hanya 2 gabungan parti sahaja diharapkan bersaing iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). - Gambar oleh Syeda Imran

Dalam PRU akan datang, tambahnya, hanya dua gabungan parti sahaja diharapkan bersaing iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). 

"PH hanya perlu ada PKR, DAP, Amanah dan UPKO sahaja. UPKO kerana ia bersama PH sejak tahun 2018 dan tidak melakukan pengkhianatan kepada PH. MUDA juga boleh dipertimbangkan kerana MUDA juga belum ada sejarah mengkhianati PH," katanya.

Jika Perikatan Nasional (PN) bertanding sebagai gabungan ketiga, beliau berpendapat, perkembangan itu akan bertambah menarik. 

"Rakyat akan menilai parti pilihan masing-masing. Sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak membuat impak dalam PRU-15, maka setakat itu sajalah BERSATU signifikan dalam politik Malaysia.

"Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), biarpun bersetuju dengan khemah besar asalkan tanpa Anwar dan mahu bertanding sekurang-kurangnya 120 kerusi bagi membentuk kerajaan jika menang, bagi saya ia hanya khayalan sahaja," katanya. - Getaran, 11 Julai 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad