web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permintaan Muhyiddin: Biarpun Tidak Kena Masa, Namun Ada Asasnya

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 11:07AM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diminta Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanyalah bermotifkan agenda politik semata-mata untuk memberi isyarat bahawa parti itu penting dalam kerajaan.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Dr Azmi Hassan berpendapat, permintaan Muhyiddin tersebut ketika negara berdepan dengan pelbagai masalah adalah tidak kena pada masa.

Profesor Madya Dr Azmi Hassan
Profesor Madya Dr Azmi Hassan

Beliau berpandangan bahawa tiada keperluan untuk melantik seorang Timbalan Perdana Menteri, sedangkan penggal kerajaan hari ini sudah tidak sampai setahun sebelum pilihan raya seterusnya dilaksanakan.

“Saya lihat langkah tersebut bukanlah untuk membantu Perdana Menteri dalam menangani isu-isu semasa negara, sebaliknya saya anggap sebagai 100 peratus agenda politik untuk BERSATU.

“Beliau cuba memberikan isyarat kepada Perdana Menteri bahawa BERSATU penting dalam kerajaan, namun ia melawan konsep diperkenalkannya sendiri ketika penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Untuk rekod, ketika menubuhkan kerajaan PN, Muhyiddin yang dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan, memperkenalkan konsep Menteri Kanan tanpa seorang Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepatutnya tidak melayan permintaan tersebut kerana kini bukan masa sesuai untuk melantik seorang Timbalan Perdana Menteri.

“Apabila Perdana Menteri tidak tunduk kepada permintaan Muhyiddin, ia akan memberi isyarat balas kepada Presiden BERSATU tersebut bahawa UMNO lebih kuat daripada mereka ketika ini.

“Lagipun, pada pilihan raya akan datang, BERSATU adalah seteru UMNO, jadi tak perlulah untuk melayaninya,” katanya.

Penganalisis Politik, Dr Mazlan Ali, bagaimanapun menyuarakan pendapat berbeza apabila menegaskan Ismail Sabri dilihat agak goyah dan sangat memerlukan bantuan seorang Timbalan Perdana Menteri.

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

Menurutnya, tokoh dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri perlu memainkan peranan, seperti memfokuskan untuk menyelesai isu semasa, seperti peningkatan kos sara hidup rakyat yang membebankan ketika ini.

“Dalam situasi sekarang, penting untuk Kabinet boleh berfungsi dengan baik dan jika ia memerlukan rombakan, maka rombaklah, terutama membabitkan Menteri yang tidak kompeten.

“Jadi saya berpendapat bahawa permintaan Muhyiddin ada asasnya untuk menempuh tempoh sukar ini, namun bagi saya, Perdana Menteri boleh melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan pemimpin berwibawa,” katanya.

Menurut beliau, fokus seorang Timbalan Perdana Menteri terhadap menangani sesuatu isu akan lebih berkesan kerana jawatan tersebut tidak bertindan seperti menteri lain.

“Sebagai contoh, jawatankuasa jihad yang ditubuhkan untuk tangani isu inflasi, namun dikepalai menteri yang portfolionya tidak berkaitan, ia akan menyebabkan fungsi jawatankuasa tersebut diragui.

“Jika dipimpin seorang Timbalan Perdana Menteri, ia memberikan isyarat bahawa kerajaan serius untuk tangani isu-isu semasa seperti ini,” katanya. - Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

2

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

3

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad