web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sah! Rafizi Timbalan Presiden PKR

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 9:11PM

Mantan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli sah memenangani jawatan Timbalan Presiden PKR baharu - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli sah memenangani jawatan Timbalan Presiden PKR baharu.

Beliau yang meraih 59,678 undian mengalahkan pencabar, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan 43,010 undian.

Keputusan akhir Pemilihan Keadilan 2022 dikeluarkan di laman web https://pemilihankeadilan2022.com.

Selain itu, jawatan Naib Presiden sah dimenangi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan 46,075 undian dan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang (34,939 undi).

Dua lagi jawatan Naib Presiden diisi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad (34,496 undi) dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (33,230 undi).

Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) sah diketuai Adam Adli Abd Halim selepas mengatasi Fahmi Zainol.

Adam Adli akan digandingkan dengan Muhammad Kamil Abdul Munim yang memenangi jawatan Timbalan Ketua AMK, menewaskan Chua Wei Kiat.

Bagi jawatan Naib Ketua, ia diisi Atyrah Hanim Razali, M Pravin dan B Prasanth Kumar.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihak jawatankuasa itu meneliti laporan audit dari pakar digital dan menerimanya berdasarkan kepada bukti berasas menerusi analisis digital.

Menurutnya, dapatan audit mendedahkan terdapat percubaan menggodam keputusan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Namun perkara tersebut dikenal pasti dan pakar audit sudah memberi cadangan untuk mengemaskini rekod pengundian. Proses pemutihan sudah dilaksanakan berdasarkan keputusan analisis digital tersebut.

“Bagaimanapun ia tidak menjejaskan keputusan kemenangan sebahagian besar calon, baik di peringkat pusat mahupun di peringkat cabang,” katanya. - Getaran, 4 Julai 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 20 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 49 minit yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran