web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kata PAS Cap Ayam Bebankan PM, Jaga Sikit Mulut Itu Datuk…

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 2:54PM

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin PAS menempelak kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa menteri ‘cap ayam’ dari parti Islam itu, sebagai beban besar kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, Nur Jazlan yang juga mantan Ahli Parlimen Pulai, perlu menjaga kata-katanya daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian. 

Kata Ahmad Fadhli, beliau tidak faham apa sebenarnya dimahukan Nur Jazlan kerana sebelum ini, pemimpin itu turut menggelar Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri UMNO paling lemah dalam sejarah negara. 

“Yang jenis pandai ‘menyalak’ sahaja kemudian dari awal lagi umum tak nak bertanding sebab tahu akan kalah cap apa pula?

“Jaga mulut sikit Datuk. Yang kata Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah pun Datuk juga kan? Datuk nak apa sebenarnya?” soalnya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian sebagai merujuk berita Getaran semalam yang melaporkan Nur Jazlan menyifatkan menteri ‘cap ayam’ dari PAS, sebagai beban besar kepada pentadbiran Ismail Sabri. 

Nur Jazlan secara sinis berkata, ketidakcekapan menteri dari parti terbabit menyebabkan kerajaan dan Perdana Menteri terpaksa menanggung pelbagai masalah.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melontarkan soalan bahawa bebanan dari portfolio kementerian mana yang Perdana Menteri perlu tanggung kerana menteri ‘cap ayam’ berkenaan. 

Beliau menambah, menteri daripada PAS ada tiga orang sahaja, iaitu di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). 

“Malaslah nak jawab panjang-panjang, nanti dituduh PAS suka mengata kat UMNO...,” katanya. - Getaran, 3 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad