web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan Semula PKR: Hans Isaac Dahului Altimet Dengan 2 Undian

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 4:16PM

Hans Isaac - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan tidak rasmi pemilihan semula PKR untuk ‘perebutan’ jawatan Ketua Cabang Ampang, menyaksikan persaingan sengit apabila Datuk Hans Isaac mendahului rakan selebritinya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet dengan hanya dua undian.

Menurut laman web pilihan raya PKR, Hans memperoleh 748 undi, manakala Altimet 746 undi.

Bagaimanapun, keputusan rasmi hanya dijangka diumumkan dalam masa beberapa hari lagi dengan beberapa undi meragukan masih belum dikira jawatankuasa pilihan raya parti itu.

Bercakap kepada The Vibes, Hans melahirkan penghargaan kepada penduduk Ampang yang mengundinya dan menyifatkan ia menunjukkan sokongan terhadap visi beliau dan pasukannya untuk kawasan berkenaan.

“Jelas sekali, kami juga mahu bekerjasama dengan semua orang di Ampang, malah calon lain yang tidak memenangi,” kata selebriti itu.

Hans yang juga mantan pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) turut mendedikasikan kemenangan tidak rasmi beliau kepada pasukannya kerana mengetuai kempen.

“Tetapi kami masih perlu menunggu pengumuman rasmi, memandangkan terdapat beberapa undian meragukan yang perlu dilihat sebelum jumlah akhir rasmi dimuktamadkan,” katanya.

Jumaat lalu, selepas tamat pemilihan PKR, parti itu membuat keputusan membatalkan kemenangan Daing Muhammad Reduan Bachok dalam perebutan Ketua Cabang Ampang selepas beliau didapati terbabit dalam pembelian undi semasa berkempen.

Jawatankuasa pilihan raya parti itu, kemudiannya menetapkan 29 Jun untuk pemilihan semula yang diadakan di Dewan Dato’ Ahmad Razali di Kg Baru Ampang.

Daing yang hilang kelayakan bertanding pada pemilihan semula semalam dikenali ‘individu kontroversi’ dalam PKR selepas didakwa pada 2018 atas tuduhan menghina kehormatan Timbalan Presiden baharu parti itu, Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu membebaskannya pada November lalu, selepas hakim memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie.

Daing memenangi pengundian asal dengan 942 undi yang menyaksikan Hans dan Altimet ketinggalan di tempat kedua dan ketiga, masing-masing dengan 609 dan 589 undi. - Getaran, 30 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 6 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

2

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 20 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 50 minit yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad