web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Keluar BERSATU

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 1:47PM

Mohamaddin Ketapi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama hari ini mengumumkan keluar daripada BERSATU yang disertainya selepas meninggalkan Parti Warisan (WARISAN) tahun lepas.

Mohamaddin berkata beliau bertindak demikian atas sebab tidak diberi peranan serta kepercayaan untuk mengukuhkan parti tersebut terutama di peringkat akar umbi di kawasan Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, setelah lebih enam bulan bersama BERSATU.

“Siapa mahu panggil katak atau monyet panggil lah… tetapi kalau katak ada pelajaran dia lompat atas itu tempurung maknanya (lompat) untuk mencari kehidupan lebih baik untuk rakyat yang diwakilinya, saya cuba bawa penyokong saya bantu tetapi mereka tidak terima jadi all the best buat mereka.

Beliau berkata walaupun keluar daripada sebuah parti membentuk kerajaan, beliau kekal sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang menyokong kerajaan Persekutuan juga Sabah dalam kapasiti sebagai wakil rakyat bebas.

“Setelah lebih enam bulan tiada sebarang peranan diberikan, saya tidak rasa kecewa dan saya anggap mungkin BERSATU sudah cukup kuat di Parlimen Lahad Datu dan DUN Segama oleh itu tiada keperluan untuk saya bertahan lama di parti ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada 30 Oktober tahun lepas Mohamaddin mengumumkan keluar daripada Parti Warisan (WARISAN) sebelum menyertai BERSATU pada 26 November tahun lepas, dan hari ini membuat keputusan keluar daripada BERSATU.

Mohamaddin juga tidak menghiraukan persepsi orang ramai yang mengelar dirinya sebagai ‘katak’ atau ‘monyet’ melompat parti, kerana apa yang lebih penting baginya adalah untuk terus berkhidmat kepada penduduk kawasan Parlimen Lahad Datu dan DUN Segama.

“Siapa mahu panggil katak atau monyet panggil lah… tetapi kalau katak ada pelajaran dia lompat atas itu tempurung maknanya (lompat) untuk mencari kehidupan lebih baik untuk rakyat yang diwakilinya, saya cuba bawa penyokong saya bantu tetapi mereka tidak terima jadi all the best buat mereka,” katanya.

Ditanya tentang perancangan Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang, beliau mengakui masih tidak berfikir secara teliti lagi mengenai perkara itu, namun sedang menilai apa yang boleh beliau sumbangkan untuk penduduk serta pembangunan kawasan Lahad Datu sekiranya mahu bertanding sekali lagi. - Bernama

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad