web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendedahan Tajuddin Sahkan Sangkaan Kami - Shamsul Iskandar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 8:09AM

Shamsul Iskandar Mohd Akib - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendedahan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berhubung akuan bersumpah (SD) UMNO menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu membuktikan bahawa pengkhianatan dan agenda peribadi adalah dua faktor yang menggagalkan usaha Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya, susulan Langkah Sheraton.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akib berkata, pembongkaran dibuat Tajuddin dalam sidang media semalam mengesahkan usaha PH meraih semula mandat rakyat yang diberikan kepada mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

“Berdasarkan kenyataan beliau semalam, ternyata benar kami memiliki sokongan mencukupi untuk mengambil alih kerajaan selepas mandat rakyat dicuri dalam Langkah Sheraton,” katanya.

Menurut beliau, pembangkang khususnya Anwar Ibrahim sebagai ketua dipersendakan selepas mengumumkan beliau memiliki sokongan padu, meyakinkan dan mencukupi untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Pada sidang media yang diadakan semalam, Tajuddin mendedahkan bahawa beliau menyaksikan sendiri SD yang ditandatangani tahun lalu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Pada sidang media yang diadakan semalam, Tajuddin mendedahkan bahawa beliau menyaksikan sendiri SD yang ditandatangani tahun lalu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Pada sidang media semalam, Tajuddin mendedahkan bahawa beliau menyaksikan sendiri SD yang ditandatangani tahun lalu.

Membidas pegangan ‘No DAP, No Anwar UMNO, Tajuddin berkata, beliau  pada mulanya tidak mahu menandatangani SD tersebut, tetapi digesa berbuat demikian.

Beliau juga memberi bayangan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah antara yang menyokong Anwar.

“Kita perlu menghormati Presiden, kan? Kita tidak boleh melawan Presiden,” katanya.

Tajuddin bagaimanapun menegaskan, SD itu tidak memiliki jumlah tandatangan yang mencukupi untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, tetapi beliau memberitahu, Zahid dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz adalah antara yang menurunkan tandatangan masing-masing.

Mengulas perkara itu Shamsul berkata, kenyataan Tajuddin semalam membuktikan apa yang diketahui pembangkan selama ini, bahawa pengkhianatan dan agenda peribadi adalah faktor yang menggagalkan usaha mengambil alih semula kerajaan.

Shamsul juga membidas ahli politik UMNO yang berhadapan kes rasuah di mahkamah.

“Kami mengulangi pendirian bahawa tidak boleh ada kompromi terhadap sesiapa sahaja yang sedang dibicarakan di mahkamah.

“Mereka perlu melalui semua proses itu dan membiarkan undang-undang menjalankan tugas,” katanya. - The Vibes, 28 Jun 2022

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

4

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

5

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad