web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sah, Ada Mesyuarat Untuk Minta Zahid Berundur - Nazri Aziz

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 7:33PM

Mohamed Nazri Abdul Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan bahawa mesyuarat melibatkan pemimpin kanan UMNO untuk meminta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai Presiden parti pada pertengahan 2020 sememangnya berlaku.

Bercakap kepada The Vibes, Nazri berkata beliau tidak dapat mengingati reaksi Zahid dalam mesyuarat itu, yang memutuskan secara konsensus agar jawatan Presiden diambil alih oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, atau Tok Mat.

Nazri menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai sekeping foto yang dikongsi bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam sidang media hari ini.

Gambar yang didedahkan oleh Tajuddin mengenai mesyuarat peringkat tinggi itu.
Gambar yang didedahkan oleh Tajuddin mengenai mesyuarat peringkat tinggi itu.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu menerusi sidang media berkenaan mendedahkan bahawa satu mesyuarat peringkat tinggi telah diadakan bagi membincangkan pengunduran Zahid.

“Ya memang betul. Saya berada di sana, di rumah Tajuddin. Ia diadakan di peringkat awal kes Zahid di Mahkamah dan pada mesyuarat tersebut, kami bersetuju Tok Mat patut memangku jawatan Presiden.

“Ia bukan untuk Zahir berundur sepenuhnya dari kedudukan beliau sebagai Presiden, tetapi hanya untuk bercuti sementara sehingga kesnya di mahkamah selesai,” katanya.

Nazri bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat mengingati reaksi sebenar semua tetamu, tetapi mengesahkan kehadiran Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Saya rasa Zahid juga berada di situ tapi saya tak ingat apakah reaksi beliau, kamu perlu bertanya kepada beliau sendiri,” katanya.

Kenyataan Nazri adalah susulan kepada pendedahan dibuat Tajuddin, bahawa ada mesyuarat peringkat tinggi diadakan bagi membincangkan pengunduran sementara Zahid sebagai Presiden UMNO.

Tajuddin bahkan mendakwa, Zahid sudah lama kehilangan keupayaan untuk menerajui parti.

Nazri turut mengesahkan dakwaan Tajuddin bahawa pemimpin UMNO diminta menandatangani akaun bersumpah (SD) untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliau turut memberitahu The Vibes, bagaimana SD berkenaan ditandatangani ketika Tun Dr Mahathir Mohamad masih bergelar Perdana Menteri pada awal 2020.

“Kami menyokong Anwar kerana Dr Mahathir ketika itu mahu membubarkan UMNO.

“Jadi saya sendiri bercakap dengan Anwar, saya tahu beliau seorang yang adil dan merayu agar UMNO tidak dibubarkan jika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, dan beliau bersetuju. Anwar memberitahu, beliau sama sekali tidak pernah berniat untuk membubarkan UMNO yang turut diasaskan oleh Allahyarham bapanya,” kata Nazri.

Diminta mengulas mengenai pendedahan dibuat Tajuddin, Nazri menyokong tindakan Ahli Parlimen Pasir Salak itu dan berkata, adalah menjadi haknya untuk meluahkan perasaan.

“Saya tak rasa beliau melampaui batas kerana di Malaysia, kita bukan sekadar boleh bercakap mengenai kebebasan bersuara, tetapi juga perlu mengamalkan pendirian ini. Jadi Tajuddin hanya menggunakan kebebasan bersuara dimiliki dan haknya untuk bersuara,” katanya. – The Vibes, 22 Jun 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar